Judul : Harapan Zunar pada IGP baru: Jangan jadi Ketua Twitter
link : Harapan Zunar pada IGP baru: Jangan jadi Ketua Twitter
Harapan Zunar pada IGP baru: Jangan jadi Ketua Twitter
KEADILAN DAILY
Kartunis politik proreformasi, Zunar mempunyai satu mesej kepada Ketua Polis Negara baharu, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun – Jangan jadi ‘Ketua Twitter Negara’ seperti bekas ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque berkata Khalid sebelum ini menghabiskan terlalu banyak masa di media sosial sehingga lalai dalam melaksanakan tugasnya yang sebenar iaitu menghapuskan jenayah dan rasuah.
“Bekas IGP Khalid menghabiskan terlalu banyak masa di Twitter sehingga terlupa mengutamakan dua perkara utama – jenayah dan rasuah.
“Sehinggakan, orang ramai menggelarnya Ketua Twitter Negara.
“IGP baharu perlu mengembalikan polis ke landasan yang betul,” katanya dalam kenyataan.
Zunar yang sering menjadi mangsa gangguan polis dalam pelancaran buku terbitannya berkata badan penguasa itu perlu menghapuskan unit media sosialnya jika serius mahu menumpukan kepada usaha menghapuskan jenayah.
“Beliau perlu membuka kembali kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lakukan siasatan serius dan heret penjenayah ke muka pengadilan,” katanya.
Khalid sebelum ini diketahui umum sering mengeluarkan amaran serta arahan menangkap pengguna Twitter menerusi akaun Twitter peribadinya kepada pegawai bawahan beliau.
Di sebalik kerancakannya menggunakan media sosial itu, Khalid tidak mengambil sebarang tindakan terhadap skandal 1MDB.
Beliau yang bersara wajib semalam digantikan bekas pengarah Cawangan Khas, Mohamad Fuzi sebagai ketua polis baharu.
from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2xLePg4
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Harapan Zunar pada IGP baru: Jangan jadi Ketua Twitter
Sekianlah artikel Harapan Zunar pada IGP baru: Jangan jadi Ketua Twitter kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Harapan Zunar pada IGP baru: Jangan jadi Ketua Twitter dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/harapan-zunar-pada-igp-baru-jangan-jadi.html
0 Response to "Harapan Zunar pada IGP baru: Jangan jadi Ketua Twitter"
Catat Ulasan