Dituduh Menjual Daging Babi

Dituduh Menjual Daging Babi - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dituduh Menjual Daging Babi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Dituduh Menjual Daging Babi, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dituduh Menjual Daging Babi
link : Dituduh Menjual Daging Babi

Baca juga


Dituduh Menjual Daging Babi



TAMPIN - Tindakan melulu pihak tertentu menyebarkan maklumat tidak sahih di laman sosial menyebabkan sebuah kedai menjual daging sejuk beku di bandar ini dikecam kerana dituduh menjual daging babi.

Bagaimanapun, tindakan cekap penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri membuat pemeriksaan segera, mendapati tuduhan yang menjadi viral itu tidak berasas.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Saiful Bahri Abdul Kadir, berkata pihaknya membuat pemeriksaan kira-kira jam 12 tengah hari semalam selepas mendapati dakwaan itu tersebar di laman sosial.

"Kita mendapati daging yang didakwa babi itu sebenarnya daging kambing lapah sejuk beku yang diimport dari New Zealand dan disembelih di rumah penyembelihan diiktiraf oleh pihak yang menguruskan pensijilan halal di negara itu," katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut juga mendapati tiada makanan tidak halal dijual di premis berkenaan.

Berikutan itu, Saiful Bahri turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai keraguan mengenai sesuatu perkara supaya menyalurkan aduan rasmi kepada KPDNKK bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan dan tidak menyebarkan maklumat tidak tepat di laman sosial.

Dakwaan yang tersebar di beberapa kumpulan Facebook itu, antara lain meminta orang ramai berhenti membeli daging di kedai berkenaan kerana didakwa tidak mengasingkan daging babi daripada ayam dan lembu.

Selain itu, turut tersebar ialah salinan laporan polis dibuat seorang lelaki yang mendakwa melihat seorang pekerja premis itu memikul bungkusan daging dipercayai babi dari peti sejuk beku pada Khamis lalu.
from PenangKini http://ift.tt/2wwD96Q
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Dituduh Menjual Daging Babi

Sekianlah artikel Dituduh Menjual Daging Babi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dituduh Menjual Daging Babi dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/dituduh-menjual-daging-babi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dituduh Menjual Daging Babi"

Catat Ulasan