Judul : BN Pulau Pinang Bidas DAP Gagal Kembalikan Rumah Warisan Persatuan Cina
link : BN Pulau Pinang Bidas DAP Gagal Kembalikan Rumah Warisan Persatuan Cina
BN Pulau Pinang Bidas DAP Gagal Kembalikan Rumah Warisan Persatuan Cina
GEORGE TOWN, Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini membidas kerajaan negeri pimpinan DAP kerana tidak menunaikan janji untuk mengembalikan rumah warisan masyarakat Cina di Love Lane di sini, yang diambil daripada Persatuan Klan Cina Pulau Pinang (PCCA) pada 2012.
Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berkata kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan PCCA sebelum ini mencapai satu persefahaman berhubung pemilikan bangunan warisan tersebut susulan kegagalan PCCA melunaskan cukai tanah berjumlah RM20,000.
"Melalui persefahaman itu PCCA hendaklah membenarkan kerajaan negeri mengambil rumah warisan itu terlebih dahulu di bawah Kanun Tanah Negara atas kegagalan membayar cukai tanah dan kemudian bangunan dua tingkat rumah kedai berkenaan akan diberi milik semula kepada PCCA.
"Ketika itu (2012) PCCA bukan tidak mampu bayar cukai tanah tertunggak kira-kira RM20,000 tetapi kerajaan negeri melalui seorang Exconya berjanji untuk ambil rumah warisan itu bagi mengelak beberapa prosedur undang-undang yang rumit dan janji nak serah semula selepas itu, kononnya bagi membantu persatuan itu," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah berkenaan di Love Lane di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi MCA Pulau Pinang Datuk Tan Teik Cheng dan beberapa pemimpin komponen BN antaranya daripada Gerakan..
from PenangKini http://ift.tt/2eZRPSP
By Info Melayu
Demikianlah Artikel BN Pulau Pinang Bidas DAP Gagal Kembalikan Rumah Warisan Persatuan Cina
Sekianlah artikel BN Pulau Pinang Bidas DAP Gagal Kembalikan Rumah Warisan Persatuan Cina kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BN Pulau Pinang Bidas DAP Gagal Kembalikan Rumah Warisan Persatuan Cina dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/bn-pulau-pinang-bidas-dap-gagal.html
0 Response to "BN Pulau Pinang Bidas DAP Gagal Kembalikan Rumah Warisan Persatuan Cina"
Catat Ulasan