Judul : Bihun Sup Kak Mah Paya Kechut 'kena serbu' sejak tular di fb
link : Bihun Sup Kak Mah Paya Kechut 'kena serbu' sejak tular di fb
Bihun Sup Kak Mah Paya Kechut 'kena serbu' sejak tular di fb
Pengusaha, Che Mah Abdullah, 61, berkata, warungnya itu mula beroperasi sejak 1981 lagi.
"Dah lama dah saya buka warung ini cuma baru sekarang viral. Mungkin sebab sekarang zaman Facebook," katanya ketika ditemui di warungnya, semalam.
Menurutnya, dia sendiri tidak menyangka dengan kuasa tular, bihun sup di warungnya mendapat sambutan sehingga ramai datang berkunjung.
"Ada yang datang dari luar Pendang, dari Pulau Pinang pun ada. Bila tanya mereka tahu dari mana, mereka kata baca dekat Facebook.
"Alhamdulillah syukur yang datang makan bagi komen positif. Saya cuma nak orang rasa puas bila makan," katanya.
Che Mah berkata, setiap hari dia memperuntukkan kuah sup sebanyak tiga periuk besar dan 28 kilogram daging.
Dengan menggunakan resipi suaminya, Mohd Salleh Nayan, 62, mereka mampu menjana pendapatan RM2,000 sehari.
Tambahnya dia memulakan perniagaan pada jam 12 tengah hari pada setiap hari kecuali Jumaat tetapi pada jam 10 pagi pelanggan sudah pun mulai berada di hadapan warungnya.
“Di warung saya, hanya menu bihun sup sahaja yang dijual dari harga RM3.50 hingga RM5,” katanya.
Menurutnya, dia menggunakan tenaga kerja seramai 10 orang untuk menguruskan warungnya memandangkan dia tidak lagi boleh bergerak aktif dan hanya menggunakan tongkat untuk berjalan.
“Saya hanya tunggu di kaunter bayaran, suami bertugas untuk memasak manakala pekerja lain bantu operasi jualan,” katanya.
from KDL http://ift.tt/2wBrfIM
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Bihun Sup Kak Mah Paya Kechut 'kena serbu' sejak tular di fb
Sekianlah artikel Bihun Sup Kak Mah Paya Kechut 'kena serbu' sejak tular di fb kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bihun Sup Kak Mah Paya Kechut 'kena serbu' sejak tular di fb dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/bihun-sup-kak-mah-paya-kechut-kena.html
0 Response to "Bihun Sup Kak Mah Paya Kechut 'kena serbu' sejak tular di fb"
Catat Ulasan