Judul : Ambulan dilanggar di Bukit Mertajam
link : Ambulan dilanggar di Bukit Mertajam
Ambulan dilanggar di Bukit Mertajam
BUKIT MERTAJAM 6 Sept. - Sebuah ambulan yang sedang dalam perjalanan untuk mengambil pesakit dilanggar sebuah kereta yang tidak berhenti di lampu isyarat Jalan Song Ban Kheng dekat sini pagi ini.Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu, ambulan milik pusat perubatan swasta terbabit yang datang dari arah Pusat Perniagaan Gemilang dipercayai dalam perjalanan untuk mengambil pesakit di rumahnya di Taman Merak dekat Simpang Ampat.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, sebuah kereta yang datang dari arah kiri tidak memberi laluan kepada ambulan itu lalu merempuhnya.
Menurutnya, rempuhan kuat itu menyebabkan ambulan itu terbabas lalu melanggar sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.
“Akibat rempuhan itu dua buah motosikal mengalami kerosakan selain penunggangnya cedera dan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan.
“Kes ini disiasat di bawah Peraturan 17 LN167/59 kerana melanggar lampu isyarat,” katanya.
Kejadian itu turut dirakam oleh pengguna kereta menggunakan kamera papan pemuka. - UTUSAN ONLINE
from PenangKini http://ift.tt/2f4itd7
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Ambulan dilanggar di Bukit Mertajam
Sekianlah artikel Ambulan dilanggar di Bukit Mertajam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ambulan dilanggar di Bukit Mertajam dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/09/ambulan-dilanggar-di-bukit-mertajam.html
0 Response to "Ambulan dilanggar di Bukit Mertajam"
Catat Ulasan