Judul : Zaid Ibrahim Tempelak Khairy Jamaluddin
link : Zaid Ibrahim Tempelak Khairy Jamaluddin
Zaid Ibrahim Tempelak Khairy Jamaluddin
Zaid Ibrahim Tempelak Khairy Jamaluddin. Datuk Zaid Ibrahim mengkritik tindakan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menepis dakwaan ke atas Umno susulan keganasan yang tercetus di forum Nothing to Hide 2.0 anjuran Pemuda PPBM di Shah Alam, semalam.
“Jangan jadi ‘nerd’ Khairy, saya ada di sana dan anda tidak. Ia jelas menunjukkan kumpulan pengacau itu sudah diberitahu apa yang perlu dikatakan dan dilakukan,” tulis bekas menteri itu di Twitternya, pagi ini.
Zaid Ibrahim Tempelak Khairy Jamaluddin. Beliau menjawab tweet Khairy semalam yang berkata: “Apa yang berlaku pada #Nothing2Hide perlu dikecam dan tidak boleh dibiarkan. Harap polis tangkap mereka yang bertanggungjawab.
“Saya mengecam apa yang berlaku, tetapi tunggu polis menyelesaikan siasatan sebelum anda mula tuding jari,” tulis Khairy di Twitternya semalam.
Zaid yang menyertai DAP Februari lalu mempersoalkan kurangnya tanggungjawab Khairy selaku pemimpin Umno serta menteri belia dan sukan.
“Tidakkah anda merasakan sedikit bertanggungjawab terhadap tingkah laku anak muda Melayu ini? Bukankah anda pemimpin belia?
Zaid Ibrahim Tempelak Khairy Jamaluddin
“Saya tahu anda perlu menjadi seperti mereka, jika ingin menjadi pemimpin tertinggi suatu hari nanti, tetapi jika anda tidak mengutuk tindakan sedemikian, ramai yang tidak akan hormat anda,” kata Zaid dalam 2 lagi catatan di Twitternya hari ini.
Kekecohan tercetus di forum Nothing to Hide 2.0 petang semalam ketika Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan hadirin mengenai tragedi Memali di Baling, Kedah pada September 1985 semasa beliau menjadi perdana menteri.
Sebelum beliau selesai menjawab soalan itu, ada individu mula membaling kasut, diikuti kerusi dan botol air sebelum melontar suar yang dinyalakan ke arah pentas di mana Dr Mahathir berdiri.
Dewan Raja Muda Musa kemudiannya dipenuhi asap dan insiden tumbuk-menumbuk dikatakan berlaku ketika ahli PPBM meluru ke pentas untuk melindungi bekas perdana menteri berusia 92 tahun itu.
Zaid Ibrahim Tempelak Khairy Jamaluddin
Dr Mahathir tidak cedera, tetapi FMT difahamkan sekurang-kurangnya seorang sukarelawan PPBM cedera akibat balingan sebuah kerusi.
Polis mengesahkan 3 suspek berusia 17 hingga 19 tahun, termasuk 2 pelajar kolej swasta ditahan bagi membantu siasatan. - fmt
Iklan
from Addin http://ift.tt/2vwyqkT
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Zaid Ibrahim Tempelak Khairy Jamaluddin
Sekianlah artikel Zaid Ibrahim Tempelak Khairy Jamaluddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zaid Ibrahim Tempelak Khairy Jamaluddin dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/zaid-ibrahim-tempelak-khairy-jamaluddin.html
0 Response to "Zaid Ibrahim Tempelak Khairy Jamaluddin"
Catat Ulasan