Judul : Wujudkan rumah perlindungan wanita mualaf
link : Wujudkan rumah perlindungan wanita mualaf
Wujudkan rumah perlindungan wanita mualaf
OLEH NORHAYATI UMORGOMBAK: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor(PEKAWANIS) mahu kerjasama Kerajaan Negeri mewujudkan rumah perlindungan bagi golongan wanita mualaf.
Pengerusinya, Datin Seri Shamshida Taharin berkata, hal itu supaya golongan wanita terbela dalam pelbagai isu khususnya mangsa keganasan rumahtangga.
“Saya menerima beberapa aduan berhubung perkara ini yang meminta kita membantu saudara baru ini dari ditindas suami atau bekas suami mereka.
“Kita sedar isu ini bukan isu baru dan wanita yang menjadi mangsa keganasan ini semakin berani menegakkan keadilan mereka,” katanya kepada SelangorKini.
Shamsida berkata, walaupun banyak rumah perlindungan sudah diwujudkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) namun tidak salah sekiranya ia diwujudkan di bawah kelolaan PEKAWANIS seperti rumah perlindungan remaja Puteri Arafiah.
Pada masa sama, katanya, saudara baru ini dapat menyertai pelbagai program keagamaan dan dakwah di rumah perlindungan itu nanti.
“Kita sering terlupa bahawa masih terdapat saudara seagama bergelar mualaf tidak diterapkan dakwah susulan terhadap pendidikan dan pengisian keimanan mereka.
“Oleh itu, disamping kita membantu dari sudut itu, mereka juga dapat memantapkan kefahaman Islam peserta dengan lebih mendalam.
“Selain memupuk semangat kekeluargaan, turut menjadi platform kepada peserta mendalami Islam. Dengan cara ini mereka dapat mendalami pelajaran agama Islam yang dikendalikan oleh guru bertauliah,” katanya.
Selain itu, beliau turut mahu pembangunan dan kebajikan wanita negeri diberi perhatian khusus dalam Belanjawan Negeri 2018 nanti.=EZY=
from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2xlcV5z
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Wujudkan rumah perlindungan wanita mualaf
Sekianlah artikel Wujudkan rumah perlindungan wanita mualaf kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wujudkan rumah perlindungan wanita mualaf dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/wujudkan-rumah-perlindungan-wanita.html
0 Response to "Wujudkan rumah perlindungan wanita mualaf"
Catat Ulasan