Wujudkan badan penasihat khas Agong, Majlis Raja-raja

Wujudkan badan penasihat khas Agong, Majlis Raja-raja - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wujudkan badan penasihat khas Agong, Majlis Raja-raja, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Majlis Raja-raja, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, Artikel Wujudkan badan penasihat khas Agong, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wujudkan badan penasihat khas Agong, Majlis Raja-raja
link : Wujudkan badan penasihat khas Agong, Majlis Raja-raja

Baca juga


Wujudkan badan penasihat khas Agong, Majlis Raja-raja

 
Oleh itu, Abdul Aziz berkata keadaan ini perlu diubah dengan tegas dan segera bagi mengembalikan kegemilangan dan kesempurnaan hasrat Raja-raja memandangkan negara sudah mencapai kemerdekaan selama hampir 60 tahun.


Tan-Sri-Dr-Abdul-Aziz-Abdul

PUTRAJAYA: Sebuah badan pengurusan struktur perlu diwujudkan sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada pakar-pakar dalam hal ehwal agama Islam dan sosioekonomi semasa.

Cadangan itu dilontarkan Pengerusi Panel Perunding Perpaduan Ummah Majlis Dakwah Negara (PPPU-MDN) Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman memandangkan ketika ini tiada badan penasihat khusus untuk kedua-dua institusi yang menjadi tunjang negara itu.

“Perlu ada badan yang boleh menasihat Raja-raja supaya Raja-raja boleh menjalankan kuasa yang ada dengan sempurna,” katanya pada sesi dialog sempena Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat di sini hari ini.

Di peringkat negeri pula, Abdul Aziz berkata, fungsi majlis agama juga perlu dibahagikan kepada 2 iaitu hal ehwal keagamaan dan hal ehwal sosioekonomi orang Islam.

Beliau berkata berdasarkan kajian yang dijalankannya, peranan raja sebagai ketua agama Islam negeri terbahagi kepada 2 perkara berkenaan dan bukan hanya tertumpu kepada soal agama sahaja.

“Malangnya ketika ini skop tugas itu tertumpu kepada agama sahaja, jadi saya cadangkan fungsi majlis agama dibahagikan kepada 2 iaitu hal ehwal keagamaan dan hal ehwal sosioekonomi orang Islam,” kata Abdul Aziz.

Sementara itu, dalam kertas prosiding bertajuk Perlembagaan Malaysia: Peranan dan Bidang Kuasa Raja-raja, beliau berkata kuasa dan peranan tertinggi yang dipegang oleh Raja-raja sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan negeri-negeri serta perundangan negara, tidak difahami oleh rakyat.

“Tentang apakah peranan dan kuasa Raja-raja sebahagian besar daripada orang ramai tidak tahu.

“Adalah juga jelas bahawa oleh kerana tidak banyak aktiviti melibatkan kegunaan kuasa Raja-raja, orang ramai tidak berkesempatan memerhati dan mengambil berat dalam hal ini,” katanya.

Oleh itu, Abdul Aziz berkata keadaan ini perlu diubah dengan tegas dan segera bagi mengembalikan kegemilangan dan kesempurnaan hasrat Raja-raja memandangkan negara sudah mencapai kemerdekaan selama hampir 60 tahun


from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2vaF3b3
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Wujudkan badan penasihat khas Agong, Majlis Raja-raja

Sekianlah artikel Wujudkan badan penasihat khas Agong, Majlis Raja-raja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wujudkan badan penasihat khas Agong, Majlis Raja-raja dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/wujudkan-badan-penasihat-khas-agong.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wujudkan badan penasihat khas Agong, Majlis Raja-raja"

Catat Ulasan