Wee Ka Siong- Kilang Haram, DAP Umpama Telunjuk Lurus Kelingking Berkait

Wee Ka Siong- Kilang Haram, DAP Umpama Telunjuk Lurus Kelingking Berkait - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wee Ka Siong- Kilang Haram, DAP Umpama Telunjuk Lurus Kelingking Berkait, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel DAP Umpama Telunjuk Lurus Kelingking Berkait, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, Artikel Wee Ka Siong- Kilang Haram, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wee Ka Siong- Kilang Haram, DAP Umpama Telunjuk Lurus Kelingking Berkait
link : Wee Ka Siong- Kilang Haram, DAP Umpama Telunjuk Lurus Kelingking Berkait

Baca juga


Wee Ka Siong- Kilang Haram, DAP Umpama Telunjuk Lurus Kelingking Berkait

Dengan pelbagai penghinaan dan serangan bertubi-tubi terhadap permimpin Barisan Nasional untuk  melindungi diri mereka dari dilihat melakukan kesalahan, DAP kini dilihat lebih tidak bermaruah apabila terus menuding jari  dari kejadian yang  nyata telah berlaku disebabkan tindakan mereka.
Lim Guan Eng dan pemimpin cauvinis DAP mempunyai sikap buruk yang amat ketara apabila masih cuba lagi melindungi  perbuatan salah pemimpin mereka yang telah mendirikan kilang haram yang amat merbahayakan kesihatan  rakyat di Sungai Lembu..
Dahulu, mereka sendiri lantang menentang pembinaan kilang nadir bumi yang nyata telah melalui proses pemeriksaan yang ketat untuk memastikan bahawa tiada kesan yang merbahaya terhadap rakyat apabila ianya beroperasi.
DAP telah  mengambil keputusan untuk melakukan demontrasi , menyebarkan berita fitnah kepada rakyat berkaitan Operasi Lynas, menuduh kerajaan  membawa kecelakaan kepada rakyat,  kesan alam sekitar dan sebagainya. Ini lah cara DAP untuk mereka meyembunyikan kegiatan haram mereka.
Kilang nadir bumi Lynas , Walhal merekalah sebelum ini yang menyerang bertubi-tubi terhadap kerajaan dengan kata-kata pedas seperti hipokrit, tidak berakhlak dan macam-macam lagi seolah olah  kerajaan yang ada serkarang tidak memikirkan tentang keselamatan rakyat.
Jadi DAP sekarangtidak perlu untuk salahkan  kerajaan lagi,  dan nyata sekali bahawa DAP serta keseluruhan pemimpin mereka  tidak bermaruah disebabkan masih untuk menyalahkan kerajaan Barisan Nasional dalam isu kilang haram yang  dibina sejak tahun 2009 di Sungai lembu.
Sehubungan itu Timbalan Presiden MCA  Dato’ Wee Ka Siong menempelak tindakan DAP yang mana cuba menuding jari terhadap orang lain terutama Barisan Nasional dalam kewujudan kilang  karbon haram di Sungai lembu.
Menurut  Wee lagi, melalui maklumat komponen  Barisan Nasional iaitu Gerakan telahmendakwa bahawa  kewujudan kilang tersebut telah meyebabkan peningkatan penyakit kanser di kawasan Sungai  Lembu dimana 11 daripada 500 orang telah dikesan dengankira kira  23 kali ganda purata kebangsaan.
Image result for Kilang haram
Bukan itu sahaja, pencemaran udara , sungai juga berlaku sehingga menyebabkan kadar pertumbuhan kehijauan alam sekitar juga dilihat amat merosot. Tindakan tidak bertanggung jawab DAP ini  seharusnya  diambil tindakan mengikut perundangan yang sewajarnya.
Beliau juga menolak kenyataan exco Pulau Phee Boon Poh bahawa produk kilang itu tidak berbahaya, mengatakan ia adalah pembuatan penapis karbon yang menjadi kebimbangan. Perkara yang amat menghairankan kita ialah  kilang tersebut juga tiada lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Prai, Tiada kelulusan pelan rancangan, tiada pelan bangunan dan tiada lesen MPSP
Setelah Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu kilang berkenaan yang beroperasi tanpa lesen sejak lebih 10 tahun lalu selepas kilang itu didakwa ‘kebal’ daripada dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Susulan itu,  pemilik dan pengurus kilang serta EXCO Kerajaan DAP Pulau Pinang, Phee Boon Poh ditahan untuk membantu siasatan kes berkenaan.
Paling melucukan setelah pembongkaran dilakukan namun tiada tindakan tegas diambil, sebaliknya pemilik kilang ha­nya dikenakan denda RM250 oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
Timbalan Presiden MCA turut menempelak DAP terhadap tindakan mereka satu ketika dahulu berkaitan dengan protes terhadap kilang  nadir bumi Lynas di Kuantan, Sekarang DAP dengan angkuhnya menuduh dan membiarkan kilang karbon haram yang amat merbahaya kroni mereka beroperasi tanpa pemeriksaan alam sekitar dan mengancam kesihatan penduduk.
DAP telah menguasai Pulau Pinang selama hampir sedekad, MCA Datuk Seri Wee Ka Siong mengingatkan parti  DAP agar tidak bersifat angkuh dan sombong dan telah terbukti bahawa kegiatan haram adalah amalan sikap DAP untuk mencari kekayaan tanpa memikirkan hak hak kesihatan  dan kerosakan yang mereka lakukan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta  kepimpinan mereka harus bertanggungjawab sepenuhnya dan  mengambil tindakan sewajarnya. Guan Eng dilihat  cuba berbelit-belit isu  berhubung berbagai kemelut yang sedang mereka hadapi sekarang.
Ini lah bukti nya terlalu jelas bahawa DAP sebagai parti dan pemimpin kerajaan negeri amat  “hypocritical” (bersikap munafik) apabila membangkitkan emosi rakyat pada kilang Lynas tetapi bersikap lain pula pada kilang di kawasan yang mereka perintah.

from PenangKini http://ift.tt/2wI4TGr
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Wee Ka Siong- Kilang Haram, DAP Umpama Telunjuk Lurus Kelingking Berkait

Sekianlah artikel Wee Ka Siong- Kilang Haram, DAP Umpama Telunjuk Lurus Kelingking Berkait kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wee Ka Siong- Kilang Haram, DAP Umpama Telunjuk Lurus Kelingking Berkait dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/wee-ka-siong-kilang-haram-dap-umpama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wee Ka Siong- Kilang Haram, DAP Umpama Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"

Catat Ulasan