Veteran ATM Sifatkan Skim Baharu Langkah Baik Kerajaan

Veteran ATM Sifatkan Skim Baharu Langkah Baik Kerajaan - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Veteran ATM Sifatkan Skim Baharu Langkah Baik Kerajaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, Artikel Veteran ATM Sifatkan Skim Baharu Langkah Baik Kerajaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Veteran ATM Sifatkan Skim Baharu Langkah Baik Kerajaan
link : Veteran ATM Sifatkan Skim Baharu Langkah Baik Kerajaan

Baca juga


Veteran ATM Sifatkan Skim Baharu Langkah Baik Kerajaan




Inisiatif kerajaan dalam meningkatkan kebajikan bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi skim baharu dan penambahbaikan maanfaat sedia ada disifatkan sebagai satu langkah yang baik.

Isteri bekas Pegawai Warrant 1 Tentera Udara Diraja Malaysia, Rohani Saud, 56, berkata usaha kerajaan dalam membela nasib veteran ATM perlu diteruskan dari semasa ke semasa sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang berkhidmat menjaga dan mempertahankan kedaulatan negara.

"Pemberian insentif ini sesuatu yang amat disokong atas sebab jasa yang telah dicurahkan oleh para anggota yang terlibat dalam mempertahankan negara.

"Malah bagi kami para isteri, anak dan anggota keluarga veteran ATM berasa bertuah dan bersyukur atas keprihatinan Perdana Menteri untuk terus membela kebajikan kami. Terima kasih Perdana Menteri," katanya

Beliau berkata suaminya, Oman Mohd Nor, 58, telah bersara pada umur 42 tahun.
Sementara itu, bekas anggota veteran ATM daripada Rejimen Askar Melayu Diraja, Sarjan Mejar Radzi Bakar, 69, berkata beliau berasa amat bersyukur atas keprihatinan kerajaan dalam membela nasib anggota veteran ATM yang telah lama berkhidmat untuk negara.

"Bagi saya ini (pemberian insentif) semua adalah rezeki daripada Allah dan kita tidak dapat menidakkan hal tersebut. Malah saya berasa amat gembira dan berlapang dada dengan pemberian ini semata-mata untuk menjaga kebajikan kami," katanya yang telah berkhidmat dalam rejimen itu selama 27 tahun.

Seorang lagi anggota veteran ATM tidak berpencen yang berkhidmat selama 10 tahun dengan Rejimen Askar Melayu Diraja, Arshad Kassim, 55, berkata penambahan kuota haji veteran adalah satu langkah murni kerajaan dan tepat pada masanya.

"Saya memandang perkara ini sebagai yang positif dan baik oleh pihak kerajaan. Betapa mereka begitu mengambil berat akan kebajikan ibadah golongan veteran ATM ini dalam melengkapkan ibadah rukun Islam kelima.

"Saya berharap jasa kami semua tidak dipandang enteng oleh masyarakat kerana pengorbanan yang kami lakukan ini adalah mempertaruhkan nyawa demi bangsa, agama juga negara," katanya. Bernama

from PenangKini http://ift.tt/2vrG01y
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Veteran ATM Sifatkan Skim Baharu Langkah Baik Kerajaan

Sekianlah artikel Veteran ATM Sifatkan Skim Baharu Langkah Baik Kerajaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Veteran ATM Sifatkan Skim Baharu Langkah Baik Kerajaan dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/veteran-atm-sifatkan-skim-baharu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Veteran ATM Sifatkan Skim Baharu Langkah Baik Kerajaan"

Catat Ulasan