Uruguay Mahu Jual Patung Helang Gangsa Untuk Bayar Pasukan Tentera

Uruguay Mahu Jual Patung Helang Gangsa Untuk Bayar Pasukan Tentera - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Uruguay Mahu Jual Patung Helang Gangsa Untuk Bayar Pasukan Tentera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, Artikel Uruguay Mahu Jual Patung Helang Gangsa Untuk Bayar Pasukan Tentera, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Uruguay Mahu Jual Patung Helang Gangsa Untuk Bayar Pasukan Tentera
link : Uruguay Mahu Jual Patung Helang Gangsa Untuk Bayar Pasukan Tentera

Baca juga


Uruguay Mahu Jual Patung Helang Gangsa Untuk Bayar Pasukan Tentera

MONTIVIDEO: Uruguay memutuskan akan menjual sebuah patung helang gangsa yang mempunyai lambang Nazi yang ditemukan dalam kapal perang Graf Spee bagi membantu membiayai pasukan tenteranya.

Patung berkenaan yang ditemukan dalam kapal milik Jerman itu di sini pada Disember 1939 dijangka mampu meraih harga jualan sehingga 10 juta pound (RM56 juta).

Ketika itu kapal berkenaan yang merupakan salah sebuah kapal termaju di dunia telah menyerang kapal dagang di selatan Laut Atlantik ekoran tercetusnya pertikaian pada September tahun yang sama.

Walau bagaimanapun kapal itu telah diserang hendap oleh armada tentera laut Royal Navy United Kingdom (UK) semasa Perang River Plate dan mengalami kerosakan teruk.

Kapal berkenaan terpaksa mendapatkan perlindungan di pelabuhan Montivideo untuk dibaik pulih sebelum boleh belayar semula.

Armada Royal Navy pada ketika itu bersiap sedia menunggu di sempadan perairan Uruguay untuk menyerang Graf Spee selepas ia meninggalkan pelabuhan, lapor portal Daily Mail.

Namun Kapten Graf Spee, Hans Langsdorff bertindak menenggelamkan kapal berkenaan sebelum sempat diserang oleh armada tersebut sekali gus berjaya menyelamatkan sebahagian besar anak kapalnya.

Patung helang gangsa seberat kira-kira 400 kilogram itu ditemukan di dasar laut oleh seorang ahli perniagaan, Alfredo Etchegaray pada 2006.

Mahkamah Agung Uruguay memutuskan artifak pihak Nazi itu kini dimiliki oleh negara ini walaupun mengakui Etchegaray sepatutnya menerima 50 peratus daripada hasil jualan kerana berusaha mengambil artifak tersebut dari dasar laut.

Kapten Langsdorff bertindak menenggelamkan kapal itu bagi menghalang pihak lain mengambil teknologi kapal berkenaan.

Namun tindakannya itu dikecam oleh pihak tertinggi Nazi yang tidak berpuas hati kerana kapal tersebut tidak menyertai pepera­ngan dengan Royal Navy.

Pada masa yang sama, pihak kedutaan Jerman di sini telah menggesa pihak berkuasa Uruguay agar tidak mempamerkan artifak itu kepada umum kerana bimbang akan tindakan itu menyanjung rejim Nazi.

- Utusan Malaysia


from PenangKini http://ift.tt/2vyZz7w
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Uruguay Mahu Jual Patung Helang Gangsa Untuk Bayar Pasukan Tentera

Sekianlah artikel Uruguay Mahu Jual Patung Helang Gangsa Untuk Bayar Pasukan Tentera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Uruguay Mahu Jual Patung Helang Gangsa Untuk Bayar Pasukan Tentera dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/uruguay-mahu-jual-patung-helang-gangsa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Uruguay Mahu Jual Patung Helang Gangsa Untuk Bayar Pasukan Tentera"

Catat Ulasan