Judul : Tumpu kuatkan rumahtangga sendiri, pesan Hishammuddin kepada Umno
link : Tumpu kuatkan rumahtangga sendiri, pesan Hishammuddin kepada Umno
Tumpu kuatkan rumahtangga sendiri, pesan Hishammuddin kepada Umno
Umno mesti tumpukan usaha menguatkan “rumahtangga” sendiri, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein.Hishammuddin menegaskan Umno tidak lagi boleh mengandaikan kelemahan pembangkang bermakna Umno kuat.
“Tak kira apa kita buat, kita kena jaga rumahtangga kita…Yang penting kita kena kuatkan rumahtangga kita sendiri,” katanya pada sidang media hari ini selepas melancarkan kempen larian amal di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.
Larian “Malaysians United Run” (MUR) 2017 dianjurkan Institut Onn Jaafar dan dijangka disertai 40,000 peserta.
Hishammuddin berkata demikian ketika ditanya sama ada perpecahan dalam pembangkang berkenaan isu rundingan PKR-PAS akan memberi kelebihan kepada Umno.
Sabtu lalu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata rundingan dengan PAS bukan atas kapasiti peribadi tetapi keputusan parti, untuk mengelakkan pertandingan 3 penjuru di Selangor dan meningkatkan peluang kemenangan PKR dan parti pembangkang lain.
Rundingan itu bagaimanapun tidak dipersetujui sesetengah pemimpin dalam PKR, antaranya Ahli Parlimen Selayang William Leong yang meletak jawatan dari Biro Politik PKR baru-baru ini. Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution juga menafikan parti pernah membuat keputusan seperti yang disebutkan Azmin itu.
Naib Presiden Rafizi Ramli hari ini mendedahkan kepimpinan parti berpecah mengenai isu hubungan dengan PAS sejak 2015.
Beliau menamakan Azmin, Naib Presiden Tian Chua, Naib Presiden Shamsul Iskandar Mohd Akin, Naib Presiden Xavier Jeyakumar, Naib Presiden Shaharuddin Badaruddin, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Subang R Sivarasa, bekas menteri Saifuddin Abdullah, Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar dan Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil antara yang menyokong rundingan dengan PAS.
Sementara William, Saifuddin, Ketua Pemuda Nik Nazmi Nik Ahmad, Bendahari Agung Tan Yew Kew, Ketua Penerangan Syed Ibrahim Syed Noh, Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul, Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin dan Ketua Setiausaha Pengelola Fariz Musa membantah idea kerjasama dengan PAS.
Mengulas perkembangan itu, Hishammuddin mengingatkan Umno juga tidak akan dapat bertahan lama jika ahlinya berpolitik tanpa niat yang ikhlas dan pegangan yang tidak jelas, tidak berada atas landasan universal, berkisar atas pertimbangan peribadi dan puak tertentu, dan sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai matlamat.
“Kalau kita konsisten dalam membuat sesuatu yang membina, seperti larian perpaduan dan gerakan aman, takkan orang nak pertikaikan,” pesan Hishammuddin.
“Kalau nak politik ada had dan batasnya. Orang boleh menilai sama ada halatuju, pendirian dan visi akan bawa sesuatu yang membina atau merosakkan negara.”
Majlis presiden Pakatan Harapan malam tadi membuat keputusan tidak akan bekerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum akan datang.
from PenangKini http://ift.tt/2iHoNvv
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Tumpu kuatkan rumahtangga sendiri, pesan Hishammuddin kepada Umno
Sekianlah artikel Tumpu kuatkan rumahtangga sendiri, pesan Hishammuddin kepada Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tumpu kuatkan rumahtangga sendiri, pesan Hishammuddin kepada Umno dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/tumpu-kuatkan-rumahtangga-sendiri-pesan.html
0 Response to "Tumpu kuatkan rumahtangga sendiri, pesan Hishammuddin kepada Umno"
Catat Ulasan