Judul : Tradisi Warisan Rumah Terbuka Aidilfitri
link : Tradisi Warisan Rumah Terbuka Aidilfitri
Tradisi Warisan Rumah Terbuka Aidilfitri
Saya telah hadir banyak majlis rumah terbuka pada Syawal yang lalu. Syukur dapat menyaksikan ramai yang hadir di pelbagai tempat. Mengapa ramai rakyat hadir pelbagai rumah terbuka ini?Antara yang saya hadiri ialah rumah terbuka Ketua Menteri Sarawak pada 1 Syawal di Kuching. Keluarga isteri saya juga mengadakan rumah terbuka secara sederhana di Petrajaya, Kuching pada 3 Syawal. Pada 1 Julai pula, rumah terbuka saya sendiri diadakan di Benut Pontian. Belasan ribu orang yang hadir. Saya sempat juga hadir rumah terbuka peringkat kebangsaan di Sembrong, Johor pada 15 Julai.
Juga saya telah hadir rumah terbuka Giat MARA dan agensi MITI iaitu MIDF, SME Bank dan rumah terbuka UMNO Malaysia di PWTC pada 16 Julai. MITI juga mengadakan rumah terbuka yg dihadiri antara lain oleh duta-duta negara asing.
Kita juga membaca dalam dada-dada akhbar serta tentunya dalam media sosial ramai yang hadir dalam pelbagai rumah terbuka Syawal. Rumah terbuka YAB PM dan Menteri Kabinet pada 1 Syawal juga di Pekan pada 9 Julai, puluhan ribu rakyat yang hadir. Itulah hebatnya rakyat di negaraku Malaysia ini.
Ketika saya berada di Astana, Kazakhstan 10-14 Julai lalu utk menghadiri World Specialized Expo yg dihadiri oleh 115 buah negara, sempat saya melihat saluran berita BBC melaporkan tentang pelarian Syria dan situasi di Irak. Hampir menitis air mata melihat kemelaratan umat Islam di dua buah negara itu. Mereka tiada rumah terbuka seperti kita sebab rumah mereka telah hancur musnah akibat peperangan.
Maka antara jawapan kehadiran ramai itu ialah kerana rumah terbuka di Malaysia adalah warisan tradisi unik negara ini. Saya berbual dengan 3 orang Duta dari 3 buah negara Islam yang hadir ke rumah terbuka MITI, mereka menyebut bahawa tiada tradisi seperti rumah terbuka di negara kita ada dibuat di negara mereka.
Itulah uniknya negara kita. Malaysia negaranya aman, tenteram dan harmoni. Kita masyarakat yang saling menghormati bila ada undangan. Kita suka bergaul dan suka menjalin silatur rahim. Pada ketika yang sama, terdapat ribuan jenis makanan dan kuih muih tradisional sebagai menu hidangan.
Jawapan yang terpenting saya kira ialah kerana rakyat sudi hadir atas jemputan orang yang mereka sukai dan hormati. Jika rakyat tidak suka seseorng pemimpin itu, mereka tidak akan hadir walau dijemput.
Syukur sambutan rakyat kepada DS Najib selaku Perdana Menteri, Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional kekal kukuh. Kami satu kapal dengan hanya satu nakhoda. Kami tidak seperti orang lain yang satu kapal ada tiga orang nakhoda.
Hari Raya Aidilfitri sudah berakhir, namun ada yang masih mengadakan rumah terbuka "bersempena" raya walau bulan Syawal sudah berlalu. Teruskan tradisi warisan Malaysia yg unik ini iaitu rumah terbuka Aidilfitri pada tahun-tahun yang akan datang. Terima kasih semua.
Salam NegaraKu Malaysia
(Ahmad bin Maslan, 1/8/17)
from Datuk Ahmad Maslan http://ift.tt/2uRz10g
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Tradisi Warisan Rumah Terbuka Aidilfitri
Sekianlah artikel Tradisi Warisan Rumah Terbuka Aidilfitri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tradisi Warisan Rumah Terbuka Aidilfitri dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/tradisi-warisan-rumah-terbuka-aidilfitri.html
0 Response to "Tradisi Warisan Rumah Terbuka Aidilfitri"
Catat Ulasan