Judul : Sukan SEA: Aravin cipta kejutan atasi Khairul Hafiz
link : Sukan SEA: Aravin cipta kejutan atasi Khairul Hafiz
Sukan SEA: Aravin cipta kejutan atasi Khairul Hafiz
Raja pecut rantau ini, Khairul Hafiz Jantan nyata gagal meneruskan rentak cemerlang dalam acara 200 meter apabila sekadar menamatkan larian di tempat keempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Sebaliknya pelari Filipina, Anthony Beram muncul juara selepas melintas garisan penamat dalam masa 20.84 saat, mengatasi atlet Thailand Jirapong Meenapra (21.22 saat) serta pelari negara, G Aravin Thevarr (21.26 saat) untuk pingat perak dan gangsa.
Aravin yang ditemui mengakui terkejut dengan kejayaannya menamatkan larian di tempat ketiga dan menganggap ia adalah hasil kerja kerasnya berlatih selama ini.
“Saya sama sekali tak sangka dapat meraih pingat terutamanya selepas kejayaan Khairul memenangi acara 100 meter semalam.
“Jadi tumpuan pastinya terarah kepada dia, tetapi saya berjaya biarpun ia pingat gangsa.
“Ini kejayaan paling manis dalam karier. Saya harap selepas ini akan tampil lebih pantas lagi dalam temasya akan datang,” katanya kepada pemberita, sebentar tadi.
Sebelum bermulanya acara final 200 meter itu, Khairul Hafiz diletakkan sebagai pelari pilihan untuk memenangi perlumbaan itu, terutama selepas kejayaannya muncul juara 100 meter akhir semalam.
Dalam acara riben biru itu, Khairul atau dikenali dengan gelaran ‘The Speedy Jantan’ mencipta kejutan meraih pingat emas dalam masa 10.38 saat, mengatasi juara bertahan Eric Cray dari Filipina dengan catatan 10.43 saat.
Sementara itu, bagi acara 200 meter wanita, ratu pecut negara Zaidatul Husniah Zulkifli meraih pingat perak selepas menamatkan larian dalam masa 23.64 saat.
Pingat emas acara itu menjadi milik pelari Vietnam, Le Tu Chinh (23.32 saat) manakala Shanti Pereira dari Singapura di tempat ketiga dengan 23.68 saat. – berita harian
from PenangKini http://ift.tt/2wH9ic9
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Sukan SEA: Aravin cipta kejutan atasi Khairul Hafiz
Sekianlah artikel Sukan SEA: Aravin cipta kejutan atasi Khairul Hafiz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sukan SEA: Aravin cipta kejutan atasi Khairul Hafiz dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/sukan-sea-aravin-cipta-kejutan-atasi.html
0 Response to "Sukan SEA: Aravin cipta kejutan atasi Khairul Hafiz"
Catat Ulasan