SPRM digesa siasat dakwaan RM230 juta dalam akaun Zahid

SPRM digesa siasat dakwaan RM230 juta dalam akaun Zahid - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPRM digesa siasat dakwaan RM230 juta dalam akaun Zahid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, Artikel SPRM digesa siasat dakwaan RM230 juta dalam akaun Zahid, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM digesa siasat dakwaan RM230 juta dalam akaun Zahid
link : SPRM digesa siasat dakwaan RM230 juta dalam akaun Zahid

Baca juga


SPRM digesa siasat dakwaan RM230 juta dalam akaun Zahid

05 Ogos 2017 | MALAYSIA DATELINE

Pemuda AMANAH Nasional menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan beliau memiliki wang berjumlah RM230 juta sewaktu menjadi Ketua Pemuda Umno dahulu.

Naib Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, SPRM yang sebelum ini agresif terhadap 'bilis-bilis' rasuah kelihatan lambat bertindak bahkan seakan-akan cuba mengelakkan diri daripada mengambil langkah susulan apabila jawapan 'tiada komen' diberikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Mohamad Jamidan Abdullah.

"Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cukup berat. Mempunyai RM230 juta ketika berjawatan Ketua Pemuda Umno sekitar 1996 merupakan suatu kekayaan yang amat luar biasa.

"Malangnya setelah tiga hari berlalu, Zahid masih lagi belum dipanggil mana-mana badan penguatkuasa bagi tujuan siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam catatan di blog Selasa lalu, Mahathir menimbulkan semula mengenai pengisytiharan harta yang dibuat Zahid selepas dilantik sebagai Pemuda Umno pada 1996.

Bekas perdana menteri itu mendakwa Ahmad Zahid gagal memberikan jawapan yang jelas berhubung wang RM230 juta dalam akaunnya.

Zahid bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara itu apabila ditanya wartawan sehari selepas dakwaan Mahathir iu.

Shazni berkata, jika SPRM takut untuk memulakan siasatan ke atas individu yang masih memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran negara, badan itu boleh memanggil Mahathir sendiri untuk siasatan.

"SPRM tetap perlu siasat dakwaan ke atas Zahid. Jika terus-terusan mengelakkan diri, SPRM hanya mengesahkan persepsi awam bahawa badan tersebut sebahagian daripada aparat pemerintah," katanya.


from KDL http://ift.tt/2vzb4Mb
By Info Melayu


Demikianlah Artikel SPRM digesa siasat dakwaan RM230 juta dalam akaun Zahid

Sekianlah artikel SPRM digesa siasat dakwaan RM230 juta dalam akaun Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPRM digesa siasat dakwaan RM230 juta dalam akaun Zahid dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/sprm-digesa-siasat-dakwaan-rm230-juta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SPRM digesa siasat dakwaan RM230 juta dalam akaun Zahid"

Catat Ulasan