Judul : SPRM akan kemukakan Rayuan pembatalan perintah reman terhadap Phee Boon Poh
link : SPRM akan kemukakan Rayuan pembatalan perintah reman terhadap Phee Boon Poh
SPRM akan kemukakan Rayuan pembatalan perintah reman terhadap Phee Boon Poh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membatalkan perintah reman 5 hari terhadap Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh dan 2 yang lain.Menerusi satu kenyataan, SPRM berkata pihaknya menghormati keputusan mahkamah tetapi akan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
“SPRM memandang serius perkara ini kerana keputusan tersebut menjejaskan proses siasatan bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung penglibatan Phee dan 2 lagi yang disyaki terlibat dalam operasi kilang haram di tanah pertanian di Sungai Lembu,” menurut kenyataan itu.
Hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed membatalkan tempoh reman terhadap Phee bersama pengarah dan pengurus kilang haram yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Georgetown pada Sabtu lalu.
Abdul Wahab mendapati perintah reman itu melanggar Seksyen 117(5) Kanun Tatacara Jenayah.
“Perkataan ‘hendaklah’ dalam subseksyen 5 bermaksud mandatori, dan responden tidak menyerahkan hujah sebaliknya. Pemohon dinafikan keadilan asasi. Saya dengan ini mengetepikan perintah reman Mahkamah Majistret,” katanya dalam penghakimannya.
Subseksyen itu menyatakan majistret yang memutuskan tempoh tahanan reman perlu membenarkan tertuduh mewakili dirinya atau melantik peguam sendiri.
Peguam Ramkarpal Singh dan RSN Rayer yang mewakili Phee berkata, mereka tidak diberi peluang oleh penolong kanan pendaftar Mahkamah Majistret pada Sabtu lalu untuk menyampaikan hujah mereka.
Ramkarpal berhujah penolong kanan pendaftar Mahkamah Majistret membenarkan reman 5 hari tanpa mendengar pembelaan peguam tertuduh.
from PenangKini http://ift.tt/2vE5HJy
By Info Melayu
Demikianlah Artikel SPRM akan kemukakan Rayuan pembatalan perintah reman terhadap Phee Boon Poh
Sekianlah artikel SPRM akan kemukakan Rayuan pembatalan perintah reman terhadap Phee Boon Poh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SPRM akan kemukakan Rayuan pembatalan perintah reman terhadap Phee Boon Poh dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/sprm-akan-kemukakan-rayuan-pembatalan.html
0 Response to "SPRM akan kemukakan Rayuan pembatalan perintah reman terhadap Phee Boon Poh"
Catat Ulasan