Sirul Azlilah, Pembunuh Altantuya Rayu Visa Perlindungan Australia !

Sirul Azlilah, Pembunuh Altantuya Rayu Visa Perlindungan Australia ! - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sirul Azlilah, Pembunuh Altantuya Rayu Visa Perlindungan Australia !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Pembunuh Altantuya Rayu Visa Perlindungan Australia !, Artikel Politic, Artikel Sirul Azlilah, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sirul Azlilah, Pembunuh Altantuya Rayu Visa Perlindungan Australia !
link : Sirul Azlilah, Pembunuh Altantuya Rayu Visa Perlindungan Australia !

Baca juga


Sirul Azlilah, Pembunuh Altantuya Rayu Visa Perlindungan Australia !

KUALA LUMPUR: Anggota polis yang membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu merayu pihak berkuasa Australia tidak menolak permohonan visa perlindungannya.
Sirul Azhar Umar berkata, dia berdepan “prospek sangat nyata” dikenakan hukuman mati jika dihantar pulang ke Malaysia.
Sehubungan itu, dia memohon visa perlindungan untuk dibebaskan dan hidup di Australia, lapor akhbar The Australian.
Menurut laporan itu, peguam Sirul Azhar membuat rayuan sebagai maklum balas kepada notis rasmi daripada Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia yang mereka sedia menolak permohonan anak guamnya untuk VIsa Perlindungan Pelengkap.
Alasan untuk kemungkinan penolakan visa itu ialah dia melakukan “jenayah bukan politik yang serius” sebelum memasuki Australia.
The Australian melaporkan peguamnya turut menyediakan maklumat tambahan untuk membantu kes itu, termasuk bukti bagi menyokong tuntutan terdahulu yang dia ialah “mangsa” politik.
Sirul Azhar dan bekas Ketua Inspektor, Azilah Hadri didakwa secara bersama membunuh model Mongolia yang mempunyai 2 anak itu pada 18 Oktober 2008.
Bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda yang pernah menjadi pembantu Datuk Seri Najib Razak ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 membebaskan beliau. Pihak pendakwaan tidak merayu terhadap pembebasannya.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 mendapati Sirul Azhar dan Azilah bersalah membunuh Altantuya dan dijatuhkan hukuman mati. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 membebaskan mereka menyebabkan kerajaan membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan.
Pada 13 Januari 2015, Mahkamah Persekutuan memutuskan tiada kesilapan dalam keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua lelaki itu. Hanya Azilah hadir mendengar keputusan itu.
Beberapa hari kemudian, The Australian melaporkan Sirul Azhar ditahan imigresen Australia kerana tinggal melebihi tempoh visanya.
Walaupun terdapat perjanjian ekstradisi antara kedua-dua negara, Australia bagaimanapun tidak menyokong hukuman mati dan menolak permintaan Malaysia mengekstradisi Sirul Azhar.
Bekas pengawal elit yang pernah berkhidmat untuk ahli politik kanan termasuk Najib berkata, dia dijadikan “kambing hitam bagi melindungi orang tidak dinamakan” dalam perbicaraan.
Pada 17 Februari 2015, Sirul Azhar dilaporkan berkata, dia diarahkan membunuh Altantuya dan pembunuh “sebenar” masih bebas.
“Saya diarah berbuat demikian. Orang penting yang bermotif masih bebas,” kata Sirul Azhar.
Ia mencetuskan khabar angin yang ahli politik penting ialah dalang dalam pembunuhan Altantuya.
Bagaimanapun, pada Januari 2016, Sirul Azhar menerusi klip video yang dimuat naik ke YouTube berkata, Najib tidak terlibat dalam pembunuhan tersebut.
Mengikut undang-undang Australia, mereka wajib memberi visa perlindungan jika seorang individu menghadapi pelanggaran hak asasi manusia yang serius atau seseorang berdepan risiko dilucutkan hak sewenang-wenangnya.
The Australian melaporkan akta itu mempunyai klausa pengecualian, menjadikan pemohon tidak layak mendapat visa perlindungan jika mereka melakukan jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan atau jenayah bukan politik yang serius sebelum memasuki Australia atau dianggap berbahaya kepada masyarakat Australia.
Selain itu, Australia tidak akan mengusir pelarian yang berdepan hukuman mati sekembalinya mereka ke tanah air. #sumber

from Pahang Daily Online http://ift.tt/2uKELux
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Sirul Azlilah, Pembunuh Altantuya Rayu Visa Perlindungan Australia !

Sekianlah artikel Sirul Azlilah, Pembunuh Altantuya Rayu Visa Perlindungan Australia ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sirul Azlilah, Pembunuh Altantuya Rayu Visa Perlindungan Australia ! dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/sirul-azlilah-pembunuh-altantuya-rayu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sirul Azlilah, Pembunuh Altantuya Rayu Visa Perlindungan Australia !"

Catat Ulasan