Siasat jika orang Islam sertai kelab ateis, kata timbalan menteri

Siasat jika orang Islam sertai kelab ateis, kata timbalan menteri - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siasat jika orang Islam sertai kelab ateis, kata timbalan menteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel kata timbalan menteri, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Siasat jika orang Islam sertai kelab ateis, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siasat jika orang Islam sertai kelab ateis, kata timbalan menteri
link : Siasat jika orang Islam sertai kelab ateis, kata timbalan menteri

Baca juga


Siasat jika orang Islam sertai kelab ateis, kata timbalan menteri

Kerajaan akan menyiasat jika terdapat umat Islam menyertai Kelab Atheist Republic Kuala Lumpur yang tular di laman media sosial baru-baru ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata siasatan terperinci termasuk penglibatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu kerana perkara itu melibatkan soal akidah umat Islam.
Katanya, bidang kuasa berkaitan akidah umat Islam tertakluk di bawah Enakmen Jenayah Syariah setiap negeri manakala bagi peringkat Wilayah Persekutuan, ia di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
athies
“Jika ada bukti penglibatan umat Islam dan ternyata perbuatan itu menjejaskan akidah, tindakan boleh diambil Jabatan Agama Islam setiap negeri atau Jawi. Saya akan minta Jawi untuk melihat perkara ini dengan lebih terperinci.
“Sudah tentu kerajaan memandang serius dakwaan ini kerana ia membabitkan akidah umat Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Indera Mahkota hari ini.
Asyraf Wajdi berkata demikian semasa diminta mengulas kewujudan akaun media sosial kumpulan itu di laman web Facebook. Ateis merujuk kepada individu yang tidak mempercayai tuhan dan tidak mempunyai pegangan agama.
Beliau menambah kerajaan juga melaksanakan pelbagai program bagi mengukuhkan pegangan akidah umat Islam sejak dari bangku sekolah, selain jabatan dan agensi agama juga saling berhubung bagi merancang program penerapan nilai Islam.
“Jika ada umat Islam yang terpengaruh dengan kegiatan seperti ini, tindakan undang-undang boleh diambil kepada mereka. Kita juga mempunyai program pendidikan, pemulihan dan penerangan bagi mengembalikan semula akidah mereka yang terpesong,” katanya.


from PenangKini http://ift.tt/2vcvacI
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Siasat jika orang Islam sertai kelab ateis, kata timbalan menteri

Sekianlah artikel Siasat jika orang Islam sertai kelab ateis, kata timbalan menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siasat jika orang Islam sertai kelab ateis, kata timbalan menteri dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/siasat-jika-orang-islam-sertai-kelab_7.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Siasat jika orang Islam sertai kelab ateis, kata timbalan menteri"

Catat Ulasan