Sekolah asing cawan pelajar dikecam netizen, mufti

Sekolah asing cawan pelajar dikecam netizen, mufti - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sekolah asing cawan pelajar dikecam netizen, mufti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel mufti, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sekolah asing cawan pelajar dikecam netizen, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sekolah asing cawan pelajar dikecam netizen, mufti
link : Sekolah asing cawan pelajar dikecam netizen, mufti

Baca juga


Sekolah asing cawan pelajar dikecam netizen, mufti

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tindakan sebuah sekolah rendah di Hulu Langat yang mengasingkan bekas minuman murid Islam dengan bukan Islam mengundang kritikan ibu bapa dan netizen. 
 
Difahamkan, bekas minuman yang bertanda 'Murid Islam' dengan 'Murid Bukan Islam' diletakkan dalam rak bersebelahan mesin 'watercooler' di sebuah blok di sekolah berkenaan.
 
Setakat ini, pihak pentadbiran sekolah berkenaan, Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
 
Terdahulu, ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai, Satees Muniandy memuat naik gambar tersebut di Facebook sebagai membantah polisi di sekolah itu.
 
"Inilah yang akan berlaku di sekolah aliran tunggal. Orang bukan Islam diajar bahawa mereka berbeza dan tidak patut berkongsi cawan dengan pelajar Islam," kata beliau.
 
Isu tersebut juga mengundang perhatian Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
 
Harussani yang dipetik portal Free Malaysia Today (FMT) menyifatkan tindakan pengasingan bekas minuman itu sebagai perkauman di samping mendorong kebencian dan penghinaan terhadap kaum lain.
 
"Jangan kita terlalu ‘rigid’ sampai kita (menimbulkan) kebencian orang. Tak usah begitu. Islam cukup menjaga hubungan sesama manusia ini,” katanya dipetik portal berkenaan.
 
Sementara itu Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata pihaknya sedang menunggu penjelasan Jabatan Pendidikan.
 
“Sekolah kebangsaan merupakan sekolah untuk semua tanpa mengira kaum dan agama,” kata Chong. 



from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2uvAFlJ
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Sekolah asing cawan pelajar dikecam netizen, mufti

Sekianlah artikel Sekolah asing cawan pelajar dikecam netizen, mufti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sekolah asing cawan pelajar dikecam netizen, mufti dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/sekolah-asing-cawan-pelajar-dikecam.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sekolah asing cawan pelajar dikecam netizen, mufti"

Catat Ulasan