Judul : Rukun Negara Tidak Sesuai Untuk Dijadikan Sebagai Undang – Undang
link : Rukun Negara Tidak Sesuai Untuk Dijadikan Sebagai Undang – Undang
Rukun Negara Tidak Sesuai Untuk Dijadikan Sebagai Undang – Undang
Muzaffar Syah MallowCadangan untuk menjadikan prinsip – prinsip rukun negara sebagai sebahagian daripada perlembagaan ataupun sebagai undang – undang tidak sesuai dilakukan kerana kebimbangan ianya akan menjadikan negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama kucar kacir.
Malahan ianya mustahil untuk dikuatkuasakan sekiranya semua prinsip – prinsip di dalamnya dijadikan sebagai undang – undang kelak.
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya Tragedi 13 Mei 1969 yang hampir menghancurkan perpaduan dan ketenteraman antara kaum dalam negara kita.
Prinsip – prinsip rukun negara adalah Kepercayaan kepada Tuhan; Kesetiaan kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang – Undang; dan Kesopanan dan Kesusilaan.
Jika dilihat kepada kesemua lima prinsip rukun negara ini, bagaimanakah kita hendak menjadikannya sebagai undang – undang dalam negara kita kerana prinsip – prinsip berkenaan adalah terlalu umum.
Sesuatu prinsip atau perkara yang umum tidak sesuai dijadikan sebagai undang – undang kerana ianya akan menyusahkan pihak penguatkuasaan untuk menguatkuasakannya kelak serta ia akan menyebabkan majoriti rakyat negara kita berasa tidak selesa sekiranya semua isu termasuk perkara yang hanya melibatkan prinsip terpaksa dipatuhi hanya kerana ia mempunyai kekuatan undang – undang.
Semua pihak harus melihat kembali kepada tujuan utama prinsip rukun negara dibuat lebih 40 tahun lalu iaitu untuk mewujudkan suasana aman dan harmoni dikalangan rakyat negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
Untuk menjayakan tujuan utama ini, ia harus dilakukan dengan cara yang sesuai seperti melalui proses pendidikan berpanjangan bagi melahirkan kesedaran orang awam mengenai kepentingan untuk mendukungi segala prinsip yang telah dinyatakan.
Tujuan utama ini tidak mungkin dapat dilakukan sekiranya ia dilakukan secara paksaan serta hukuman yang terdapat melalui proses undang – undang.
from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2vJJXPg
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Rukun Negara Tidak Sesuai Untuk Dijadikan Sebagai Undang – Undang
Sekianlah artikel Rukun Negara Tidak Sesuai Untuk Dijadikan Sebagai Undang – Undang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rukun Negara Tidak Sesuai Untuk Dijadikan Sebagai Undang – Undang dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/rukun-negara-tidak-sesuai-untuk.html
0 Response to "Rukun Negara Tidak Sesuai Untuk Dijadikan Sebagai Undang – Undang"
Catat Ulasan