Judul : Rafizi desak Hadi jelaskan dakwaan bertemu Najib rampas PH Selangor
link : Rafizi desak Hadi jelaskan dakwaan bertemu Najib rampas PH Selangor
Rafizi desak Hadi jelaskan dakwaan bertemu Najib rampas PH Selangor
MALAYSIA DATELINENaib Presiden PKR Rafizi Ramli menggesa Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penjelasan akan dakwaan mengatakan Pas-Umno merancang merampas negeri Selangor sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini.
Beliau berkata, laporan akhbar News Straits Times itu memberikan kesan besar kapada negara kerana mempengaruhi perkembangan politik di dalam perngkat PKR dan Pakatan Harapan (PH).
"Laporan ini kerana ia ada kesan besar kepada negara dan juga mempengaruhi perkembangan politik dalaman di peringkat Keadilan dan PH.
"Jika laporan ini tidak benar, maka samanlah Straits Times sepantas kilat dan buat sidang media tergempar menafikan perkara-perkara di atas (seperti kekerapan beliau berbincang dengan Datuk Seri Najib di telefon)," ujarya dalam kenyataan.
Beliau mengulas mengenai laporan akhbar tersebut antara lain melaporkan Abdul Hadi dan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak “hampir setiap hari sejak beberapa bulan” mengenai rancangan kerjasama Pas-Umno untuk merampas negeri Selangor
Termasuklah satu dari perancangan ialah supaya Pas bertanding 42 kerusi untuk memastikan undi Melayu kepada Pakatan Harapan berkurangan.
"Jika benar, saya mohon beliau tidak berdolak dalih dan mengesahkan sama ada kerjasama dengan Umno untuk merampas Selangor pernah ada dalam pertimbangan politik Pas sebelum ini," tegasnya.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan juga berkata, PH perlu bersiap sedia
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan juga berkata, PH perlu bersiap sedia menghadapi pertandingan tiga penjuru dengan Pas dan sudah tiba masanya perbezaan pendapat di antara pimpinan kanan Keadilan mengenai perkara ini diselesaikan secara muktamad.
"Saya menghormati usaha-usaha sahabat pimpinan lain sebelum ini yang masih cuba untuk memujuk Pas walaupun saya yakin tidak ada satu bukti pun yang sahih yang menunjukkan pertandingan tiga penjuru akan menyebabkan kekalahan besar-besaran Keadilan (dan hilangnya tampuk pemerintahan Selangor) seperti yang diwar-warkan sebagai alasan paling kukuh memujuk Pas.
"Malah, segala kajiselidik yang dijalankan secara telus dan terbuka oleh Invoke yang kaedahnya
menepati piawaian antarabangsa menunjukkan sokongan rakyat akan berpihak kepada Keadilan dan PH dalam pertandingan 3 penjuru kerana kehendak rakyat ialah untuk menukar kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dengan segera.
"Sebelum ini, saya mengimbangi keperluan untuk memberikan ruang kepada sahabat-sahabat pimpinan lain di dalam Keadilan untuk menjayakan rundingan
mereka dengan Pas dengan kebimbangan saya tindakan itu dilihat sebagai tidak berprinsip dan mementingkan diri dalam keadaan apa-apa kemenangan
yang hendak dicapai mestilah berpasakkan prinsip (bukannya strategi bergabung dengan sesiapa asalkan boleh menang).
Oleh itu, mengambil kira beberapa perkembangan terkini termasuklah pengumuman Pas Selangor semalam untuk bertanding di 42 kerusi dan laporan
pada hari ini yang membayangkan kerjasama Pas-Umno, saya akan berunding dengan seberapa ramai pimpinan lain dalam Keadilan ke arah memuktamadkan
pendirian Keadilan mengenai Pas dan komitmen Keadilan kepada Pakatan Harapan.
"Saya percaya perbezaan pendapat sesama kami pimpinan kanan di peringkat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat akan berterusan dan tidak akan ada
titik persetujuan, maka keputusan sebesar ini hanya boleh dimuktamadkan dengan mengambil kira suara akar umbi Keadilan yang lebih besar (bukannya
diputuskan oleh beberapa kerat pimpinan kanan parti semata-mata).
"Walau apa pun kaedahnya nanti, saya ingin menegaskan pendirian saya bahawa pendirian Keadilan mengenai kerjasama dengan Pas dan komitmen kepada Pakatan Harapan perlulah dimuktamadkan dalam masa terdekat dan bukannya dibiarkan “terbuka” (“open ended”) seperti sekarang, " ujarnya
from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2wakz2v
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Rafizi desak Hadi jelaskan dakwaan bertemu Najib rampas PH Selangor
Sekianlah artikel Rafizi desak Hadi jelaskan dakwaan bertemu Najib rampas PH Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rafizi desak Hadi jelaskan dakwaan bertemu Najib rampas PH Selangor dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/rafizi-desak-hadi-jelaskan-dakwaan.html
0 Response to "Rafizi desak Hadi jelaskan dakwaan bertemu Najib rampas PH Selangor"
Catat Ulasan