Petronas bayar dividen RM16 bilion kepada kerajaan

Petronas bayar dividen RM16 bilion kepada kerajaan - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Petronas bayar dividen RM16 bilion kepada kerajaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Petronas bayar dividen RM16 bilion kepada kerajaan, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Petronas bayar dividen RM16 bilion kepada kerajaan
link : Petronas bayar dividen RM16 bilion kepada kerajaan

Baca juga


Petronas bayar dividen RM16 bilion kepada kerajaan

MALAYSIAKINI


Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menaikkan komitmen bayaran dividennya kepada kerajaan selepas melaporkan keuntungan suku kedua meningkat empat kali ganda berikutan kenaikan harga minyak dan margin lebih baik.

Petronas walau bagaimanapun mengekalkan pandangan atau ramalan yang berhati-hati, dengan berkata, prestasi keseluruhan pada akhir tahun dijangka "sederhana" ketika harga minyak terus tidak menentu.

Keuntungan suku kedua syarikat itu meningkat kepada RM7.06 bilion daripada RM1.68 bilion pada suku yang sama tahun lalu. Pendapatan meningkat 10 peratus kepada RM51.63 bilion.

"Walaupun harga minyak lebih tinggi berbanding tahun lalu dan keseluruhan prestasi kewangan dan operasi yang lebih kukuh, industri masih tidak menentu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin pada sidang akhbar, hari ini.

Sehubungan dengan itu, Petronas, satu-satunya syarikat Fortune 500 di Malaysia, akan membayar kerajaan dividen sebanyak RM16 bilion tahun ini berbanding komitmen awal pada RM13 bilion.

Kenaikan itu baru-baru ini diluluskan oleh lembaga pengarah susulan prestasi kewangan syarikat, katanya. Petronas tahun lalu membayar kerajaan RM16 bilion dan RM26 bilion pada tahun 2015.

Dividen Petronas tahun lalu menyumbang kepada 7.5 peratus daripada jumlah hasil kerajaan.
- Reuters


from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2iwGDRF
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Petronas bayar dividen RM16 bilion kepada kerajaan

Sekianlah artikel Petronas bayar dividen RM16 bilion kepada kerajaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Petronas bayar dividen RM16 bilion kepada kerajaan dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/petronas-bayar-dividen-rm16-bilion.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Petronas bayar dividen RM16 bilion kepada kerajaan"

Catat Ulasan