Judul : Perkemas Jentera Barisan Nasional - Najib Razak
link : Perkemas Jentera Barisan Nasional - Najib Razak
Perkemas Jentera Barisan Nasional - Najib Razak
PEKAN 27 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesiapsiagaan jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) berada pada tahap yang baik untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) jika diadakan bila-bila masa dari sekarang.Bagaimanapun kata Presiden UMNO itu, masih ada ruang yang boleh ditingkat dan diperkemaskan sebelum gong PRU-14 dibunyikan bagi memastikan BN berjaya dengan cemerlang serta terus menunjangi pentadbiran negara.
Katanya, berdasarkan penilaian dan pemantauan sepanjang persidangan UMNO bahagian-bahagian yang bermula awal Julai lalu, beliau berpuas hati dengan keadaan serta tahap kesiapsiagaan parti.
“Kalau saya sebagai Perdana Menteri hendak pukul beduk, gong atau meniupkan wisel pilihan raya, parti kita berada pada tahap kesiapsiagaan yang baik. Namun kalau mementingkan kesempurnaan, kita tidak akan berpuas hati sehingga segalanya sempurna.
“Saya masih anggap ada ruang untuk terus tingkatkan kesiapsiagaan, komitmen dan apa yang patut dilakukan dalam konteks bagi memastikan jentera kita adalah jentera yang akan menjamin kejayaan cemerlang pada PRU-14,” katanya.
Beliau berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pekan yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.
Persidangan itu adalah penutup tirai persidangan perwakilan UMNO bahagian-bahagian sejak 7 Julai lalu.
Selepas majlis perasmian berkenaan, beliau menyampaikan sumbangan 458 ekor lembu korban yang diagihkan kepada 259 surau, masjid dan agensi-agensi kerajaan di Parlimen ini.
Najib yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan turut berpuas hati dengan perjalanan persidangan UMNO di seluruh negara yang lancar tanpa sebarang insiden buruk dan tidak diingini berlaku.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau mendapat pengesahan daripada Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang hadir di serata negara bahawa ahli-ahli parti berada dalam keadaan lebih bersemangat pada tahun ini.
“Keadaan ini menampakkan UMNO parti yang lebih tersusun dan disiplin berbanding pembangkang.
“Saya juga tidak terima laporan berlaku kerusi melayang atau peristiwa membakar suar dan lain-lain. Pendek kata, tidak ada disiplin buruk sepanjang persidangan diadakan,” ujarnya.
Sementara itu, beliau mengingatkan semua ahli UMNO supaya mengukuhkan perpaduan yang menjadi tunjang kekuatan parti selain mempunyai roh perjuangan dan kesetiaan kepada pemimpin.
UTUSAN
from PenangKini http://ift.tt/2xELJxN
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Perkemas Jentera Barisan Nasional - Najib Razak
Sekianlah artikel Perkemas Jentera Barisan Nasional - Najib Razak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perkemas Jentera Barisan Nasional - Najib Razak dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/perkemas-jentera-barisan-nasional-najib.html
0 Response to "Perkemas Jentera Barisan Nasional - Najib Razak"
Catat Ulasan