Judul : Perenang Singapura buat kenyataan ‘mengajar Malaysia’ mohon maaf
link : Perenang Singapura buat kenyataan ‘mengajar Malaysia’ mohon maaf
Perenang Singapura buat kenyataan ‘mengajar Malaysia’ mohon maaf
Pemenang emas Sukan Olimpik Rio 2016, Joseph Schooling memohon maaf atas kenyataannya ‘mengajar Malaysia 1 atau 2 perkara’ menjelang temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.Perenang sensasi Singapura berusia 22 tahun itu membuat kenyataan tersebut ketika pulang ke Singapura selepas beraksi pada Kejohanan Dunia di Budapest baru-baru ini, yang mencetuskan respons negatif daripada netizen di Malaysia dan Singapura.
“Kata-kata itu pasti diambil di luar konteks dan saya di sini untuk menyertai acara renang dan jika saya pernah menyinggung sesiapa pun, saya memohon maaf kerana itu bukan niat saya,” katanya ketika ditemui pemberita.
“Apa yang penting, skuad renang selamat tiba di sini dan kami sudah bersedia. Malah saya akan melakukan yang terbaik untuk Singapura,” katanya yang mengecewakan perenang Amerika Syarikat, Michael Phelps untuk menang emas acara 100m kuak kupu-kupu di Rio tahun lepas.
Ketibaan Schooling turut disambut oleh ibunya, May Schooling, yang kini menetap di Ipoh, Perak.
Schooling dijangka membuka kempen dalam acara 50m di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, Isnin ini.
Pada edisi lepas di laman sendiri, 2 tahun lalu, Schooling menghadiahkan 9 emas untuk negara kelahirannya Singapura dan pemenang emas Olimpik pertama buat negara republik itu.
from PenangKini http://ift.tt/2v0uztG
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Perenang Singapura buat kenyataan ‘mengajar Malaysia’ mohon maaf
Sekianlah artikel Perenang Singapura buat kenyataan ‘mengajar Malaysia’ mohon maaf kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perenang Singapura buat kenyataan ‘mengajar Malaysia’ mohon maaf dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/perenang-singapura-buat-kenyataan.html
0 Response to "Perenang Singapura buat kenyataan ‘mengajar Malaysia’ mohon maaf"
Catat Ulasan