Judul : Penahanan 15 Ahli AMK Bukti PM Tak Hormati Prinsip Demokrasi !
link : Penahanan 15 Ahli AMK Bukti PM Tak Hormati Prinsip Demokrasi !
Penahanan 15 Ahli AMK Bukti PM Tak Hormati Prinsip Demokrasi !
Dalam kenyataannya, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil menyatakan rasa kesal terhadap tindakan polis kepada kumpulan anak muda yang mengadakan ‘flashmob’ di pintu masuk Politeknik Seberang Prai, Pulau Pinang, dekat sini, hari ini.
Katanya, tangkapan itu adalah satu tamparan hebat terhadap amalan demokrasi di Malaysia dan menjadi bukti pentadbiran Najib tidak menghormati prinsip demokrasi dan hak bersuara seperti termaktub di dalam Perlembagaan khususnya dalam kalangan anak muda.
“Anak muda yang berkumpul ini tidak membaling kerusi, suar juga selipar terhadap sesiapa, malahan hanya memegang plakad secara aman untuk menyatakan pendirian politik mereka.
“Adakah ini ditakrif pihak berkuasa sebagai satu ‘ancaman’ sehingga perlu menangkap peserta ‘flashmob’ aman?.
“Adakah Najib dan pentadbiran beliau sudah begitu panik juga takut dengan sentimen rakyat hingga peserta ‘flashmob’ aman juga dilihat sebagai ‘musuh politik’ yang perlu ditahan?,” soalnya.
Sehubungan itu, beliau menggesa supaya semua anggota AMK itu segera dibebaskan.
Katanya, perdana menteri juga perlu memohon maaf kepada mereka kerana apa yang dilakukan kumpulan itu tidak salah, malahan hanya mengukuh dan mematangkan politik di Malaysia.
Dalam kejadian pagi ini, 15 anggota AMK ditahan polis selepas menyertai ‘flashmob’ di pintu masuk Politeknik Seberang Prai sementara menanti lawatan Najib ke Permatang Pauh bagi menghadiri Majlis Kenduri Rakyat, di kawasan itu.
Tindakan kumpulan anggota AMK itu hanya mahu membawa sepanduk ‘Bebaskan Anwar Segera’ supaya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim segera dibebaskan dari tahanan. #sumber
from Pahang Daily Online http://ift.tt/2uLyKxD
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Penahanan 15 Ahli AMK Bukti PM Tak Hormati Prinsip Demokrasi !
Sekianlah artikel Penahanan 15 Ahli AMK Bukti PM Tak Hormati Prinsip Demokrasi ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penahanan 15 Ahli AMK Bukti PM Tak Hormati Prinsip Demokrasi ! dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/penahanan-15-ahli-amk-bukti-pm-tak.html
0 Response to "Penahanan 15 Ahli AMK Bukti PM Tak Hormati Prinsip Demokrasi !"
Catat Ulasan