“Pemuda UMNO tidak begitu bodoh untuk menyerang majlis orang lain ” – Azwan

“Pemuda UMNO tidak begitu bodoh untuk menyerang majlis orang lain ” – Azwan - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Pemuda UMNO tidak begitu bodoh untuk menyerang majlis orang lain ” – Azwan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel “Pemuda UMNO tidak begitu bodoh untuk menyerang majlis orang lain ” – Azwan, Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Pemuda UMNO tidak begitu bodoh untuk menyerang majlis orang lain ” – Azwan
link : “Pemuda UMNO tidak begitu bodoh untuk menyerang majlis orang lain ” – Azwan

Baca juga


“Pemuda UMNO tidak begitu bodoh untuk menyerang majlis orang lain ” – Azwan

THE MALAYSIAN TIMES



KUALA LUMPUR :  Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini diminta bertanggungjawab berhubung insiden kekecohan semasa forum ‘Nothing to Hide 2.0, anjuran sayap Pemuda parti itu di Shah Alam semalam hingga ada yang cedera.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata Syed Saddiq seharusnya
dipertanggungjawabkan kerana gagal menjamin keselamatan mereka yang menghadiri forum itu serta membendung daripada berlaku keganasan sedemikian.

“Ketua Armada (Syed Saddiq) seharusnya telah menjangka kejadian-kejadian seperti ini dan menyediakan aspek keselamatan yang tinggi sepanjang forum ini berlangsung,” katanya kepada pemberita di  lobi Dewan Negara di sini.

Kekecohan tercetus kira-kira 5.10 petang apabila peserta forum tidak berpuas hati dengan jawapan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad  berhubung peristiwa Memali, dan secara tiba-tiba ada individu membaling kasut, diikuti kerusi dan botol air sebelum menyalakan suar dan membalingnya ke arah Dr Mahathir yang berada di tengah pentas.

Keadaan itu telah menimbulkan rasa panik sehingga peserta program terpaksa berlari keluar dewan untuk menyelamatkan diri menyebabkan beberapa individu termasuk seorang wartawan dipercayai cedera ringan akibat jatuh ketika menyelamatkan diri selain berlaku kejadian bertumbuk sesama sendiri ketika berlaku kekecohan.

Sehingga ini, Ketua Polis Daerah Shah Alam,  ACP Shafien Mamat mengesahkan tiga remaja lelaki berusia 17 hingga 19 ditahan bagi membantu siasatan kejadian itu.

Azwan yang mewakili Pemuda UMNO juga mengutuk sekeras-kerasnya insiden berkenaan dan menyifatkannya sebagai peringatan kepada PPBM bahawa tidak semua anggota parti itu suka kepada pemimpin mereka dan ada kemungkinan ia dirancang anggota PPBM semata-mata untuk memburuk-burukkan nama UMNO dengan menuduh parti itu terlibat menimbulkan kekecohan itu.

Beliau juga menafikan Pemuda UMNO terlibat dalam insiden berkenaan dan sebaliknya mahu pihak berkuasa melakukan siasatan sepenuhnya serta menahan pihak yang bertanggungjawab.

“Pemuda (UMNO) tidak begitu bodoh untuk menyerang majlis orang lain, dan kepada pembangkang yang menuduh UMNO terlibat, biar polis melakukan siasatan terlebih dahulu, bukan buat tuduhan melulu sebelum polis selesai menyiasat,” tegasnya.



from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2i082eD
By Info Melayu


Demikianlah Artikel “Pemuda UMNO tidak begitu bodoh untuk menyerang majlis orang lain ” – Azwan

Sekianlah artikel “Pemuda UMNO tidak begitu bodoh untuk menyerang majlis orang lain ” – Azwan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Pemuda UMNO tidak begitu bodoh untuk menyerang majlis orang lain ” – Azwan dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/pemuda-umno-tidak-begitu-bodoh-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "“Pemuda UMNO tidak begitu bodoh untuk menyerang majlis orang lain ” – Azwan"

Catat Ulasan