Judul : PEMBUNUHAN DEMI PEMBUNUHAN DAN KEZALIMAN DEMI KEZALIMAN: DOA DAN SOLIDARITI BUAT-MU ROHINGYA
link : PEMBUNUHAN DEMI PEMBUNUHAN DAN KEZALIMAN DEMI KEZALIMAN: DOA DAN SOLIDARITI BUAT-MU ROHINGYA
PEMBUNUHAN DEMI PEMBUNUHAN DAN KEZALIMAN DEMI KEZALIMAN: DOA DAN SOLIDARITI BUAT-MU ROHINGYA
Kenyataan media
PEMBUNUHAN DEMI PEMBUNUHAN DAN KEZALIMAN DEMI KEZALIMAN: DOA DAN SOLIDARITI BUAT-MU ROHINGYA
1. Thingana di Selatan Maungdaw sudah 500 buah rumah dibakar, 200 rumah dibakar di Maung Gyi Htaung, 350 rumah di Chut Pyin serta 500 rumah di utara Buthidaung.
Ratusan nyawa sudah terkorban, ribuan insan sudah cedera dan ribuan keluarga sudah meniggalkan kampung mereka untuk menyelamatkan nyawa dan keluarga.
2. Adakah embunuhan demi pembunuhan dan kezaliman demi kezaliman ini hadiah sempena Aidil Adha oleh pemerintah Myanmar kepada umat Islam sedunia yang akan disambut dalam beberapa hari lagi.
3. Tidakkah kita berasa hairan dengan bukti yang sangat jelas penglibatan pihak tentera Myanmar menzalimi umat Islam Rohingya melalui laporan media antarabangsa yang berada disana secara jelas beserta rakaman video dan gambar yang ditularkan oleh nitizen yang berada di Arakan tetapi masyarakat dunia masih membisu seribu bahasa seolah - olah Arakan aman damai. Tindakan junta tentera itu membawa maksud ianya adalah tindakan kerajaan Myanmar
4. Apakah pendirian Malaysia dalam situasi yang sedang berlaku di Arakan,adakah kerana penyertaan Mynmar dalam sukan SEA membuatkan kerajaaan Malaysia tidak berani untuk menyatakan pendirian.
Apakah sudah hilang semangat ‘flotila’ yang dilaungkan sebelum ini oleh Perdana Menteri dan kerana sukan SEA ianya menjadi penghalang untuk Malaysia membela saudara seagama yang dizalimi di Arakan?
5. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Organisation Islamic Conference (OIC) dan ASEAN hanya mampu menjadi 'teropong bebal' untuk melihat sahaja kezaliman terhadap etnik Rohingya tanpa sebarang tindakan dan suara,seolah-olah genoside di Arakan ini hanya sebagai satu isu terpencil apabila badan dunia tersebut tiada aktiviti penting yang dimainkan untuk dilaporkan.
6. Badan-badan dunia hanya mampu bersuara bila mana mereka di kritik serta amat malang sekali apabila kezaliman terhadap etnik Rohingya ini hanya dicakna dan tindakan secara bermusim. Sikap sambil lewa yang ditunjukan oleh badan dunia tersebut menggambarkan seolah nyawa dan nasib mereka di sana hanya bernilai ketika bermusim sahaja.
7. Saya mengajak seluruh rakyat Malaysia khasnya dan umat Islam dunia amnya untuk mendesak badan-badan dunia agar 'celik dari lena' mereka untuk sentiasa cakna dan bersolidariti untuk genoside terhadap umat Islam Rohingya.
Tahniah buat semua NGO Islam Malaysia yang lantang membawa isu kegansaan tentera Myanmar ini ke suara antarabangsa.
8. Buat jutaan para jemaah haji dari seluruh dunia yang akan berwukuf di Arafah nanti, marilah kita panjatkan DOA buat saudara seakidah kita Rohingya di Arakan agar terus cekal dan sabar serta diberikan pertolongan dari Allah SWT.
Wahai orang-orang zalim... insaflah.. hentikanlah kezaliman kamu..!!
DATO' Hj MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
Hotel Abraj Janadriyah
Makkah AlMukarramah Arab Saudi
1.15 Pm Waktu Makkah
30 Ogos 2017/ 8 Zulhijjah 1438H
Menanti Bermulanya Perjalanan Ke Arafah
from KDL http://ift.tt/2vs8xEq
By Info Melayu
Demikianlah Artikel PEMBUNUHAN DEMI PEMBUNUHAN DAN KEZALIMAN DEMI KEZALIMAN: DOA DAN SOLIDARITI BUAT-MU ROHINGYA
Anda sekarang membaca artikel PEMBUNUHAN DEMI PEMBUNUHAN DAN KEZALIMAN DEMI KEZALIMAN: DOA DAN SOLIDARITI BUAT-MU ROHINGYA dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/pembunuhan-demi-pembunuhan-dan.html
0 Response to "PEMBUNUHAN DEMI PEMBUNUHAN DAN KEZALIMAN DEMI KEZALIMAN: DOA DAN SOLIDARITI BUAT-MU ROHINGYA"
Catat Ulasan