Judul : Pelajar tahfiz, 14, mengaku salah lakukan seksual fizikal
link : Pelajar tahfiz, 14, mengaku salah lakukan seksual fizikal
Pelajar tahfiz, 14, mengaku salah lakukan seksual fizikal
THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar lelaki berumur 14 tahun di sebuah madrasah tahfiz mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas pertuduhan melakukan seksual fizikal terhadap rakan lelakinya yang berumur enam tahun.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di dalam bilik riadah di sebuah madrasah tahfiz di sini pada 6.15 petang, 31 Julai lepas mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang boleh dihukum menurut akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.
Majistret Haslinda A Raof menetapkan 13 Sept untuk jatuh hukum sementara menunggu laporan akhlak.
Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak tidak menawarkan jaminan manakala remaja itu tidak diwakili peguam.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang menganggu saksi pendakwaan.– Bernama
from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2v7NHoW
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Pelajar tahfiz, 14, mengaku salah lakukan seksual fizikal
Sekianlah artikel Pelajar tahfiz, 14, mengaku salah lakukan seksual fizikal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pelajar tahfiz, 14, mengaku salah lakukan seksual fizikal dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/pelajar-tahfiz-14-mengaku-salah-lakukan.html
0 Response to "Pelajar tahfiz, 14, mengaku salah lakukan seksual fizikal"
Catat Ulasan