Pas tutup pintu rundingan dengan pihak bawa imej PH

Pas tutup pintu rundingan dengan pihak bawa imej PH - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pas tutup pintu rundingan dengan pihak bawa imej PH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pas tutup pintu rundingan dengan pihak bawa imej PH, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pas tutup pintu rundingan dengan pihak bawa imej PH
link : Pas tutup pintu rundingan dengan pihak bawa imej PH

Baca juga


Pas tutup pintu rundingan dengan pihak bawa imej PH

27 Ogos 2017 | MALAYSIA DATELINE
1 Comment

khairuddin aman razali

Pas tidak akan lagi mengadakan sebarang rundingan dengan mana-mana parti atau individu yang membawa imej Pakatan Harapan (PH) menjelang pilhan raya umum ke-14 (PRU14) melainkan menerusi Gagasan Sejahtera, kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Datuk Khairuddin Aman Razali.

“Tak ada lagi sebarang rundingan kerjasama politik untuk pilihan raya dengan mana-mana pihak kecuali menerusi Gagasan Sejahtera. Termasuk atas nama individu sekalipun selagi ia membawa imej PH,” katanya daam kenyataan hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali menegaskan bahawa perbincangan antara PKR dan Pas tidak melibatkan PH.

Menteri Besar Selangor itu juga menegaskan bahawa perbincangan itu bukan merupakan inisiatifnya sendiri, sebaliknya beliau hanya mewakili PKR.

Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, ahli dan pimpinan Pas telah bersedia dari sudut psikologi untuk menyertai PRU14 atas nama Gagasan Sejahtera menentang Umno-BN.

"Moto kita Pas ganti Umno dan Gagasan Sejahtera ganti BN dan PH," katanya.

Biro Politik PKR minggu lalu dilaporkan memberi laluan kepada presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin untuk berbincang dengan Pas bagi meneruskan kerjasama politik.

Azmin sebelum ini telah memulakan rundingan tidak rasmi bersama Pas walaupun parti Islam itu telah memutuskan hubungan politiknya dengan PKR berikutan keputusannya pada muktamar parti itu April lalu.

from KDL http://ift.tt/2vseFbH
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Pas tutup pintu rundingan dengan pihak bawa imej PH

Sekianlah artikel Pas tutup pintu rundingan dengan pihak bawa imej PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pas tutup pintu rundingan dengan pihak bawa imej PH dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/pas-tutup-pintu-rundingan-dengan-pihak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pas tutup pintu rundingan dengan pihak bawa imej PH"

Catat Ulasan