PAP dakwa ada 200 kilang haram di Pulau Pinang

PAP dakwa ada 200 kilang haram di Pulau Pinang - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAP dakwa ada 200 kilang haram di Pulau Pinang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel PAP dakwa ada 200 kilang haram di Pulau Pinang, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAP dakwa ada 200 kilang haram di Pulau Pinang
link : PAP dakwa ada 200 kilang haram di Pulau Pinang

Baca juga


PAP dakwa ada 200 kilang haram di Pulau Pinang


GEORGE TOWN: Parti Alternatif Rakyat (PAP) hari ini meminta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengeluarkan senarai kilang yang beroperasi secara haram di Pulau Pinang.
Naib presidennya Rahmad Isahak berkata ini kerana PAP menerima maklumat terdapat lebih 200 kilang haram beroperasi di Pulau Pinang dengan 150 buah beroperasi di Seberang Perai dan 53 lagi di bahagian pulau.
Beliau mendakwa sebanyak 51 buah beroperasi di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah (90) dan Seberang Perai Selatan (9) manakala di bahagian pulau mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (Kadun) Batu Maung (11), Air Itam (3), Sungai Pinang (32), Batu Lanchang (2) dan masing-masing 1 di Bayan Lepas, Padang Kota, Kebun Bunga, Datuk Keramat dan Air Putih.
“Ini maklumat yang kita terima daripada sumber yang relevan. Ini bermakna kesahihan kepada maklumat yang kita perolehi ini perlu diterjemahkan oleh kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) ini.
“Mereka perlu menyiasat segera dan keluarkan senarai bagi menyokong informasi yang kita utarakan hari ini,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Semalam, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mengambil tindakan terhadap semua bangunan, kilang, rumah ibadat atau penjaja yang beroperasi secara haram dan wujud sebelum 2008.
Mengulas lanjut, Rahmad berharap kedua-dua PBT itu dapat mengeluarkan senarai berkenaan dalam tempoh 2 minggu ini. FMT

from PenangKini http://ift.tt/2w4o2S2
By Info Melayu


Demikianlah Artikel PAP dakwa ada 200 kilang haram di Pulau Pinang

Sekianlah artikel PAP dakwa ada 200 kilang haram di Pulau Pinang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAP dakwa ada 200 kilang haram di Pulau Pinang dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/pap-dakwa-ada-200-kilang-haram-di-pulau_14.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PAP dakwa ada 200 kilang haram di Pulau Pinang"

Catat Ulasan