Judul : PAN Lahirkan Kebimbangan Penglibatan Pegawai Malaysia Kes PAS Saman Sarawak Report
link : PAN Lahirkan Kebimbangan Penglibatan Pegawai Malaysia Kes PAS Saman Sarawak Report
PAN Lahirkan Kebimbangan Penglibatan Pegawai Malaysia Kes PAS Saman Sarawak Report
Portal pro PAN, Malaysia Dateline melahirkan kebimbangan dengan penglibatan pegawai Malaysia dalam kes PAS menyaman Sarawak Report.
Lapor Malaysia Dateline, Kehadiran enam pegawai kanan Kedutaan Malaysia di London dalam pengurusan kes saman presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Sarawak Report di Mahkamah Tinggi London, 2 Ogos lalu menarik perhatian laman berita portal internet itu.
“Dalam berita bertajuk “So Who Is Supporting ‘Opposition’ Pas Leader, Hadi Awang, In His Suit Againts SR?” (Siapakah yang membantu pemimpin ‘pembangkang’ Pas, Hadi Awang, dalam samannya terhadap Sarawak Report?), laman portal berita itu menyatakan rasa terkejut dengan kehadiran paling kurang enam pegawai kanan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia dalam pengurusan kes saman Abdul Hadi terhadap Sarawak Report di Mahkamah Tinggi.
“Antara yang dikesan hadir ialah konsular politik pesuruhjaya tinggi Malaysia ke UK Mohd Hadrizammi Mustafa; pegawai media kedutaan Malaysia di UK Wan Rosli Wan Osman dan timbalan ketua setiausaha hubungan dua hala Jesse Quiban,” lapornya yang secara jelas berpihak kepada Sarawak Report.
“Jadi, apakah kepentingan kerajaan Malaysia dalam saman fitnah ‘ahli politik pembangkang’ terhadap seorang wartawan dan mengapa mereka menghabiskan banyak masa untuk menghantar kakitangan mereka,” soal Sarawak Report.
Sarawak Report turut melaporkan kos yang ditanggung presiden Pas untuk membayar khidmat peguam Carter Ruck yang berjumlah RM3000 (£500) sejam.
Malah Sarawak Report menganggarkan kos yang dibelanjakan presiden Pas bagi urusan mahkamah setakat ini adalah RM600,000 (£100,000).
Bagaimanapun peguam Abdul Hadi, Carter Ruck enggan menjawab soalan Sarawak Report berhubung jumlah perbelanjaan mahkamah yang ditanggung ahli parlimen Marang itu setakat ini
from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2hxBCrq
By Info Melayu
Demikianlah Artikel PAN Lahirkan Kebimbangan Penglibatan Pegawai Malaysia Kes PAS Saman Sarawak Report
Sekianlah artikel PAN Lahirkan Kebimbangan Penglibatan Pegawai Malaysia Kes PAS Saman Sarawak Report kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAN Lahirkan Kebimbangan Penglibatan Pegawai Malaysia Kes PAS Saman Sarawak Report dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/pan-lahirkan-kebimbangan-penglibatan.html
0 Response to "PAN Lahirkan Kebimbangan Penglibatan Pegawai Malaysia Kes PAS Saman Sarawak Report"
Catat Ulasan