Judul : Nothing to Hide 2.0 kecoh, bom asap dibaling ke arah Dr Mahathir
link : Nothing to Hide 2.0 kecoh, bom asap dibaling ke arah Dr Mahathir
Nothing to Hide 2.0 kecoh, bom asap dibaling ke arah Dr Mahathir
Sekumpulan peserta yang tidak berpuas hati dengan penjelasan itu secara tiba-tiba membaling suar, kerusi dan botol air ke arah pentas dimana Dr Mahathir sedang berada pada ketika itu.
SHAH ALAM: Kekecohan tercetus pada forum Nothing to Hide 2.0 di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di sini semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan sebentar tadi berkenaan dengan tragedi Memali ketika beliau menjadi perdana menteri.
Sekumpulan peserta yang tidak berpuas hati dengan penjelasan beliau secara tiba-tiba membaling suar, kerusi dan botol air ke arah pentas di mana Dr Mahathir sedang berada pada ketika itu.
Dua bom asap turut dilemparkan ke atas peserta, di samping kerusi, kasut, botol air dibaling ke arah Dr Mahathir.
Kejadian berlaku sekitar 5.30 petang, kira-kira 2 jam selepas program itu bermula.
Hanya Dr Mahathir yang berucap selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak muncul walaupun diundang.
Suasana itu mencetus panik di kalangan pemimpin dan peserta yang mengikuti forum itu, menyebabkan mereka cuba menyelamatkan diri dan berlaku pergelutan di kalangan penyokong Dr Mahathir dan peserta yang tidak berpuas hati.
Dr Mahathir, yang juga pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan kemudiannya diselamatkan oleh penganjur program. Ia dianjurkan oleh sayap pemuda PPBM, Armada Malaysia.
Kesmua pemimpin Pakatan Harapan yang hadir turut diiring keluar dengan ketat oleh pihak keselamatan forum.
Insiden itu juga menyebabkan program yang pada awalnya dijadual berakhir pada jam 6 petang terpaksa dihentikan.
Hari ini, antara pemimpin Pakatan Harapan yang hadir termasuklah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir Mohamad, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Datuk Zaid Ibrahim, Khalid Abdul Samad, Zuraida Kamaruddin, Ng Sue Lim dan Dr Daroyah Alwi.
Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, bom asap dan beberapa benda lain dibaling ke arah Dr Mahathir oleh pihak tertentu untuk mencederakan beliau dan sabotaj forum.
“Perkara ini sengaja dilakukan pihak tidak bertanggungjawab untuk mencederakan Tun Mahathir.
Semua peralatan, kerusi, botol air, kasut, suar sengaja dibaling ke arah Tun Mahathir,” kata beliau.
Bulan lalu, Dr Mahathir mencabar Najib ke forum yang diadakan hari ini.
Pada 25 Julai sekumpulan ahli Pemuda PPBM yang hadir di Pusat Dagangan Dunia Putra untuk menghantar undangan rasmi kepada Najib itu dihalang kira-kira 200 Pemuda Umno hingga menyebabkan berlaku tolak menolak antara mereka.
Ketua Penerangan PPBM Ashraf Mustaqim mendakwa beliau turut ditumbuk.
Forum “Nothing To Hide” julung kali dianjurkan pada 5 Jun 2015 di PWTC tetapi Najib tidak hadir atas faktor keselamatan.
Polis menghentikan Dr Mahathir daripada meneruskan ucapan pada program kali pertama itu.
from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2w0Gz2C
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Nothing to Hide 2.0 kecoh, bom asap dibaling ke arah Dr Mahathir
Sekianlah artikel Nothing to Hide 2.0 kecoh, bom asap dibaling ke arah Dr Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nothing to Hide 2.0 kecoh, bom asap dibaling ke arah Dr Mahathir dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/nothing-to-hide-20-kecoh-bom-asap.html
0 Response to "Nothing to Hide 2.0 kecoh, bom asap dibaling ke arah Dr Mahathir"
Catat Ulasan