Judul : Negara berhadapan dengan ancaman maklumat
link : Negara berhadapan dengan ancaman maklumat
Negara berhadapan dengan ancaman maklumat
SINAR ONLINESEREMBAN - Negara kini berhadapan dengan ancaman maklumat yang tidak betul, yang boleh menggugat keselamatan dan keamanan negara, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Beliau berkata, masyarakat terutama golongan muda, perlu menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum mempercayai dan menyebarkannya.
"Maklumat yang tidak betul jika disebarkan kepada umum hanya akan mengelirukan orang awam.
"Mereka yang melakukan ini hanyalah bertujuan untuk mencari pengaruh supaya orang membenci sesuatu pihak, yang akhirnya boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas sesi Dialog Isu Semasa #Negara bersama warga Institut Perguruan Kampus Raja Melewar, di sini hari ini.
Beliau berkata, jika ancaman maklumat ini tidak ditangani, dikhuatiri pihak yang terpengaruh, boleh melakukan sesuatu yang huru-hara.
Musa berkata pemimpin dan golongan dewasa perlu memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat yang betul kepada generasi muda. - Bernama
from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2weWNEF
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Negara berhadapan dengan ancaman maklumat
Sekianlah artikel Negara berhadapan dengan ancaman maklumat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Negara berhadapan dengan ancaman maklumat dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/negara-berhadapan-dengan-ancaman.html
0 Response to "Negara berhadapan dengan ancaman maklumat"
Catat Ulasan