Judul : Meningkatkan kelajuan internet kini fokus Putrajaya
link : Meningkatkan kelajuan internet kini fokus Putrajaya
Meningkatkan kelajuan internet kini fokus Putrajaya
Datuk Seri Salleh Keruak berkata 80% penduduk kini menikmati akses jalur lebar.
PETALING JAYA: Putrajaya meletakkan fokus kepada meningkatkan kelajuan internet kerana 80% penduduk kini mempunyai akses jalur lebar.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Keruak berkata fokus selama ini ialah penyediaan internet kepada majoriti penduduk, walaupun pada kelajuan yang rendah.
“Sekarang 80% penduduk ada akses jalur lebar, kita boleh lebih fokus kepada meningkatkan kelajuan bagi mencapai sasaran 100 Mbps di kawasan bandar dan 20 Mbps di luar bandar seperti digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-11.
“Purata kelajuan di Malaysia hari ini membenarkan perdagangan atas talian. Malahan, pertumbuhan internet dapat dibuktikan dengan penggunaan Zalora, Fashion Valet dan Lazada,” katanya kepada FMT.
Salleh mengulas data dikumpul oleh M-Lab, satu perkongsian antara Institut Teknologi Terbuka New America, Kajian Sumber Terbuka Google dan PlanetLab Universiti Princeton.
Laporan itu menyatakan Malaysia dan seluruh dunia masih terkebelakang berbanding Singapura yang mencipta rekod kelajuan memuat turun tertinggi pada 55.13 Mbps dalam kajian terkini itu.
Malaysia berada di kedudukan ke-63 dengan kelajuan tertinggi 6.69 Mbps.
Ini bermakna, penduduk Singapura hanya memerlukan 18 minit 34 saat untuk memuat turun sebuah filem HD 7.5GB, berbanding 2 jam 33 minit 3 saat di Malaysia.
Kajian lebih 12 bulan yang dijalankan di 189 negara sehingga Mei lalu itu, membabitkan lebih 63 juta ujian kelajuan jalur lebar.
Walaupun diatasi Singapura, Malaysia jauh lebih baik berbanding Thailand (16.85 Mbps), Vietnam (5.46 Mbps), Indonesia (5.19 Mbps), Brunei (3.83 Mbps), Filipina (3.69 Mbps), Kemboja (3.1 Mbps) Myanmar (2.09 Mbps) dan Laos (1.94 Mbps).
Pada 2015, Salleh dikecam beberapa ahli politik kerana mendakwa rakyat Malaysia lebih suka memlih kelajuan jalur lebar yang perlahan.
Salleh berkata 71% rakyat Malaysia lebih suka memilih pakej jalur lebar lebih perlahan, seperti mana yang ditawarkan Streamyx iaitu kelajuan antara 384 Kbps dan 1 Mbps. Mereka memilih kelajuan internet yang lebih perlahan untuk harga lebih murah, bukan berbelanja lebih untuk kelajuan yang tinggi.
Komennya mencetus kritikan daripada bekas Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa Tan Sri Rafidah Aziz dan orang lama DAP Lim Kit Siang.
Pada 2016, Salleh berkata keutamaan kerajaan lebih kepada memastikan rakyat mempunyai akses internet, bukan kelajuan sambungan internet itu.
from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2w6qAPD
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Meningkatkan kelajuan internet kini fokus Putrajaya
Sekianlah artikel Meningkatkan kelajuan internet kini fokus Putrajaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Meningkatkan kelajuan internet kini fokus Putrajaya dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/meningkatkan-kelajuan-internet-kini.html
0 Response to "Meningkatkan kelajuan internet kini fokus Putrajaya"
Catat Ulasan