Judul : MEF bantah skim insurans pekerjaan
link : MEF bantah skim insurans pekerjaan
MEF bantah skim insurans pekerjaan
Ong Boon TeckPERSEKUTUAN Majikan Malaysia (MEF) membantah Rang Undang-Undang (RUU) Skim Insurans Pekerjaan 2017 (SIP) yang dibentangkan di Dewan Rakyat, kelmarin.
Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, buat masa ini, jumlah pekerja tempatan yang kehilangan pekerjaan akibat penutupan syarikat adalah kecil.
"Pihak majikan dan pekerja terpaksa membayar (50 peratus bagi setiap pihak) jumlah caruman lebih daripada RM1 bilion setahun. Langkah ini dianggap tidak praktikal langsung," katanya ketika memberitahu China Press.
Shamsuddin berkata, jika berdasarkan 6.8 juta pekerja tempatan dalam sektor swasta dan secara purata pula gaji setiap pekerja adalah RM2,000 sebulan, jumlah caruman yang terpaksa dibayar oleh pekerja dan majikan setiap tahun adalah berjumlah RM1.63 bilion.
"Sebaliknya, jumlah pampasan diperoleh pekerja yang kehilangan kerja adalah kecil," katanya.
RUU SIP yang bertujuan membantu mereka yang kehilangan pekerjaan mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu dibentangkan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot untuk bacaan kali pertama.
Pelaksanaan SIP yang menjadi jaringan keselamatan sosial akan dibiayai melalui caruman daripada pekerja dan majikan, manakala dananya akan ditadbir urus oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Semua pekerja tempatan dalam sektor swasta akan menikmati skim ini bermula tahun hadapan. Selepas penguatkuasaan udang-undang itu, bayaran faedah dijangka boleh dibuat mulai 1 Januari 2019.
from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2wqSDGD
By Info Melayu
Demikianlah Artikel MEF bantah skim insurans pekerjaan
Sekianlah artikel MEF bantah skim insurans pekerjaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MEF bantah skim insurans pekerjaan dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/mef-bantah-skim-insurans-pekerjaan.html
0 Response to "MEF bantah skim insurans pekerjaan"
Catat Ulasan