'Masih ada talam dua muka di Pagoh'

'Masih ada talam dua muka di Pagoh' - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Masih ada talam dua muka di Pagoh', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel 'Masih ada talam dua muka di Pagoh', Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Masih ada talam dua muka di Pagoh'
link : 'Masih ada talam dua muka di Pagoh'

Baca juga


'Masih ada talam dua muka di Pagoh'

 

Oleh N Faizal Ghazali & Alyaa Alhadjri

Talam dua muka! Itulah antara yang diluahkan salah seorang pemimpin akar umbi berhubung kepimpinan dalam Umno bahagian Pagoh yang sedia ada sekarang.

Walaupun sudah lebih setahun Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Umno, menurut Ketua Umno Cawangan Kampung Gelam, Ali Hassan Elias, kepimpinan bahagian itu masih dibayangi bekas timbalan presiden Umno itu.

"Umno Pagoh sebenarnya tidak ada masalah, tetapi kepimpinan bahagian yang ada kini masih dibayangi (pengaruh)‎ Muhyiddin.

"Mereka ada kelompok yang mempertahankan Muhyiddin ketika kami, dari awal lagi berusaha untuk menyingkirkan beliau dari Pagoh," katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Bahagian Pagoh, di Pagoh semalam.

Ali Hassan berkata, sebelum ini satu deklarasi dibuat yang turut disokong kepimpinan bahagian Umno Pagoh untuk menyokong Muhyiddin sekali gus menolak kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

"Sebanyak 106 cawangan di sini, hanya tiga cawangan termasuk cawangan saya tidak menandatangani deklarasi tersebut‎.

"Kepimpinan Umno Pagoh yang ada inilah antara yang memainkan peranan melaksanakan deklarasi menyokong Muhyiddin ketika itu," dakwanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed mengakui sokongan diberikan kepada Muhyiddin yang juga bekas ketua bahagian‎ itu pada peringkat awal.

Bagaimanapun menurutnya, deklarasi itu bagi menunjukkan simpati dan sokongan kepada bekas timbalan perdana menteri itu ‎atas kapasiti sebagai ketua mereka.

"Kita berikan sokongan sebagai rasa kesetiaan kepada ketua ketika itu. Tetapi, selepas beliau dipecat kami perlu pandang ke depan dan meneruskan gerak kerja Umno Pagoh," katanya.

Tambah Ismail, isu masih dibayangi oleh pengerusi Parti Pribumi Bersatu itu sepatutnya tidak lagi ditimbulkan.

"Kita perlu pandang ke depan dan bersedia dalam menghadapi pilihanraya akan datang," katanya yang turut tidak menolak kemungkinan Umno Pagoh akan bertembung dengan Muhyiddin pada pilihan raya umum ke-14 nanti.


from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2vukt6Z
By Info Melayu


Demikianlah Artikel 'Masih ada talam dua muka di Pagoh'

Sekianlah artikel 'Masih ada talam dua muka di Pagoh' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Masih ada talam dua muka di Pagoh' dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/masih-ada-talam-dua-muka-di-pagoh.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "'Masih ada talam dua muka di Pagoh'"

Catat Ulasan