Judul : Lelaki bersenjata samun, letupkan kenderaan.
link : Lelaki bersenjata samun, letupkan kenderaan.
Lelaki bersenjata samun, letupkan kenderaan.
SONGKHLA – THAILAND. Sekumpulan tujuh lelaki bersenjata menyerbu sebuah bilik pameran kereta terpakai di Nathawee di sini dan melarikan lima kenderaan pikap pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 11.40 pagi (waktu tempatan) itu, mereka turut menjadikan empat pekerja bilik pameran itu sebagai tebusan, kata Penolong Bahagian Siasatan Balai Polis Nathawee Kapt Athapon Janthasong.
"Kira-kira 20 minit selepas kejadian itu, polis menerima laporan bahawa dua daripada tebusan terbabit cedera ditembak manakala dua lagi dapat melarikan diri di Kuan Mark, Thepa di wilayah Songkhla," katanya pada sidang media hari ini.
Beliau berkata sebuah daripada kenderaan yang disamun itu turut dipasang bom dan meletup di Kampung Pokok Nyor, Nongchik di Pattani kira-kira 1.30 petang.
Tiada kecederaan dilaporkan, katanya.
Ketua Polis Pattani Mejar Jeneral Piyawat Nakwanich pula berkata sebuah daripada kenderaan yang dicuri itu dikesan di sekatan jalan raya di Nongchik pada 2 petang.
“Susulan itu, berlaku insiden tembak menembak,” katanya.
Dalam insiden itu, pihak keselamatan menembak mati seorang lelaki bersenjata manakala yang lain dapat melarikan diri.
Beliau berkata polis turut memusnahkan bom yang dipasang pada kenderaan itu.
Pihak keselamatan juga menemukan tiga lagi kenderaan yang dicuri itu di Khokpo selepas ia kehabisan minyak.
from PenangKini http://ift.tt/2wfrKJw
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Lelaki bersenjata samun, letupkan kenderaan.
Sekianlah artikel Lelaki bersenjata samun, letupkan kenderaan. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lelaki bersenjata samun, letupkan kenderaan. dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/lelaki-bersenjata-samun-letupkan.html
0 Response to "Lelaki bersenjata samun, letupkan kenderaan."
Catat Ulasan