Judul : Ku Nan bimbang trend penurunan sokongan kepada Umno
link : Ku Nan bimbang trend penurunan sokongan kepada Umno
Ku Nan bimbang trend penurunan sokongan kepada Umno
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata jentera Umno masih mempunyai masa untuk menggiatkan usaha berkenaan.
"Anggota Umno di peringkat akar umbi juga perlu mengenal pasti faktor sebenar yang menyebabkan rakyat tidak mahu menyokong parti sama ada ia disebabkan ada segelintir pemimpin dan wakil rakyat tidak turun ke bawah merasai denyut nadi rakyat," katanya.
"Setiap yang berlaku mesti ada sebab. Cari puncanya dan betulkan punca itu. Barangkali, disebabkan perangai kita, lagak kita," katanya berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Tanjung Piai, hari ini.
Turut hadir ketua Umno Bahagian Tanjung Piai Datuk Md Othman Yusof.
Tengku Adnan berkata beliau bimbang dengan trend penurunan sokongan yang dicatatkan sejak PRU-11 dan mahu usaha dijalankan bagi memberi penerangan kepada rakyat.
Beliau berkata sehubungan itu, jentera kepimpinan Umno dan Barisan Nasional mesti mengamalkan resmi padi yang semakin 'menunduk apabila berisi'.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata beliau percaya sokongan rakyat kepada UMNO dan BN akan bertambah sekiranya jentera kepimpinan sentiasa turun padang berjumpa rakyat.
from KDL http://ift.tt/2v0rh9R
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Ku Nan bimbang trend penurunan sokongan kepada Umno
Sekianlah artikel Ku Nan bimbang trend penurunan sokongan kepada Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ku Nan bimbang trend penurunan sokongan kepada Umno dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/ku-nan-bimbang-trend-penurunan-sokongan.html
0 Response to "Ku Nan bimbang trend penurunan sokongan kepada Umno"
Catat Ulasan