Judul : Konvoi Kembara Merdeka Negaraku tiba di Pulau Pinang
link : Konvoi Kembara Merdeka Negaraku tiba di Pulau Pinang
Konvoi Kembara Merdeka Negaraku tiba di Pulau Pinang
KEPALA BATAS - Konvoi Kembara Merdeka Negaraku 2017 tiba di Pulau Pinang hari ini, disambut meriah dengan kibaran Jalur Gemilang oleh orang ramai di Dataran Permatang Manggis, di sini.Konvoi terdiri daripada 107 peserta yang menaiki 30 motosikal berkuasa tinggi dan 18 pacuan empat roda itu tiba di negeri ini kira-kira 12 tengah hari. Pulau Pinang adalah lokasi ke-25 daripada 50 destinasi.
Terdahulu konvoi dari Alor Star, Kedah itu tiba di Jambatan Merdeka di Tikam Batu, iaitu sempadan Kedah dan Pulau Pinang pada 11.45 tengah hari disambut Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga Datuk Zain Ahmad.
Konvoi jelajah sempena sambutan Hari Kebangsaan anjuran Jabatan Penerangan itu kemudian dibawa ke dataran tersebut untuk sambutan peringkat Pulau Pinang dan program bersama komuniti di kawasan itu.
Ketua Konvoi Ariah Judah berkata kesemua peserta konvoi sangat teruja dan gembira kerana dapat menjelajah ke seluruh pelusuk Semenanjung bertemu masyarakat setempat dan menyerahkan bendera Malaysia untuk dikibar sempena sambutan merdeka tahun ini.
Ariah berkata, siri konvoi itu merupakan antara cara menghidupkan kembali semangat patriotisme dan kesetiaan kepada negara khususnya buat generasi muda yang lahir selepas merdeka.
"Selain bertemu masyarakat setempat, peserta konvoi turut menanamkan semangat perpaduan antara kaum yang dibina selama ini kepada mereka agar ia terus kekal dalam kalangan generasi baharu sekarang ini," katanya.
Sementara itu, program peserta konvoi bersama komuniti di Permatang Manggis itu dirasmikan Adun Bertam Shariful Azhar dan ketika berucap beliau berkata penduduk di kawasan itu berbangga kerana terpilih untuk terlibat secara tidak langsung dengan program bersifat patriotik itu.
Beliau berharap program itu dapat menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini terutama dalam kalangan generasi baharu yang bakal mewarisi negara pada masa hadapan.
Selain itu, peserta konvoi akan singgah ke beberapa lokasi di Pulau Pinang antaranya di Batu Maung, bahagian Pulau dan Sungai Acheh, Nibong Tebal sebelum meneruskan perjalanan ke Parit Buntar, Perak esok.
Konvoi Kembara Merdeka Negaraku menjelajah negeri di seluruh Semenanjung selama 16 hari bermula 13 Ogos lepas dan dijangka tamat di Kuala Lumpur pada 28 Ogos ini. - Bernama
from PenangKini http://ift.tt/2w9jXdB
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Konvoi Kembara Merdeka Negaraku tiba di Pulau Pinang
Sekianlah artikel Konvoi Kembara Merdeka Negaraku tiba di Pulau Pinang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Konvoi Kembara Merdeka Negaraku tiba di Pulau Pinang dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/konvoi-kembara-merdeka-negaraku-tiba-di.html
0 Response to "Konvoi Kembara Merdeka Negaraku tiba di Pulau Pinang"
Catat Ulasan