Judul : KIlang Haram, Kerajaan DAP Boleh Disaman
link : KIlang Haram, Kerajaan DAP Boleh Disaman
KIlang Haram, Kerajaan DAP Boleh Disaman
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh dikenakan saman sekiranya benar mereka telah mengeluarkan arahan untuk menangguhkan tindakan penguatkuasaan ke atas operasi kilang haram di negeri itu.
Timbalan Pengarah Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Eric See-To berkata, akibat daripada arahan sedemikian telah menyebabkan penduduk di Kampung Sungai Lembu dekat Mengkuang di negeri itu mengalami penderitaan kesihatan selain terkena kanser kerana kilang berkenaan mengakibatkan pencemaran alam sekitar.
Tambahan pula, katanya, pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengesahkan bahawa kilang memproses habuk kayu untuk kegunaan penapis karbon yang telah beroperasi secara haram lebih dari 10 tahun itu tidak mempunyai sistem kawalan pencemaran udara yang sepatutnya.
“Jika arahan ini betul dan operasi kilang ini telah menyebabkan kanser boleh dibuktikan, maka kerajaan Negeri Pulau Pinang layak dikenakan saman oleh mangsa yang mengalami masalah kesihatan terutama mereka yang telah disahkan kanser kerana kesan pencemaran itu.
“Kerajaan DAP Pulau Pinang masih ‘berhutang’ dengan penduduk di Sungai Lembu dan rakyat negeri itu seluruhnya atas penjelasan mengapa kilang itu dibenarkan beroperasi secara haram walaupun ia telah banyak kali dibangkitkan oleh pelbagai pihak bertahun-tahun dahulu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Isu kilang itu pernah dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti dari PKR, Dr. Norlela Ariffin mengenai banyak kilang haram dibiarkan beroperasi di Penanti tanpa tindakan lanjut oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.
Semalam, Ahli Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh direman selama lima hari bagi membantu siasatan serbuan pihak berkuasa terhadap kilang berkenaan pada Khamis lalu.
Dalam pada itu, Eric berkata, sebelum ini, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr M. Sukumar mengesahkan 11 daripada 500 penduduk di Sungai Lembu menderita akibat kanser dan angka itu boleh diterjemahkan bahawa nisbah kadar penduduk di situ yang mengalami kanser adalah seramai 2,200 orang daripada kalangan 100,000 penduduk.
Ini bermakna, kata beliau, kadar kanser di kawasan berkenaan adalah 2,342 peratus lebih tinggi daripada purata kanser kebangsaan sebagaimana laporan Institut Kanser Kebangsaan iaitu hanya sebanyak 86.9 peratus dan 89 peratus bagi setiap 100,000 penduduk lelaki dan perempuan.
- Utusan Malaysia
from PenangKini http://ift.tt/2hXteli
By Info Melayu
Demikianlah Artikel KIlang Haram, Kerajaan DAP Boleh Disaman
Sekianlah artikel KIlang Haram, Kerajaan DAP Boleh Disaman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KIlang Haram, Kerajaan DAP Boleh Disaman dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/kilang-haram-kerajaan-dap-boleh-disaman.html
0 Response to "KIlang Haram, Kerajaan DAP Boleh Disaman"
Catat Ulasan