Khairy dipuji tindakan tangkas isu bendera Indonesia terbalik

Khairy dipuji tindakan tangkas isu bendera Indonesia terbalik - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khairy dipuji tindakan tangkas isu bendera Indonesia terbalik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Khairy dipuji tindakan tangkas isu bendera Indonesia terbalik, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khairy dipuji tindakan tangkas isu bendera Indonesia terbalik
link : Khairy dipuji tindakan tangkas isu bendera Indonesia terbalik

Baca juga


Khairy dipuji tindakan tangkas isu bendera Indonesia terbalik


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin tangkas bertindak dalam menangani isu kesilapan mencetak bendera Indonesia secara terbalik, kata penganalisis politik.
Prof Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata tindakan Khairy mengambil langkah bertemu dengan rakan sejawatannya dari Indonesia, Imam Nahrawi dan minta maaf atas kejadian tersebut harus dipuji.

“Dia juga cepat bertindak balas dan tidak memesongkan isu itu. Ini akan mengelak sebarang kritikan terhadapnya,” kata Sivamurugan ketika diminta mengulas sama ada kesilapan itu akan menjejaskan kedudukan Khairy dalam arena politik tempatan.
Advertisement

Penganalisis hubungan luar Dr Oh Ei Sun berpendapat cetakan bendera secara terbalik adalah perkara kecil dan tidak akan merosakkan hubungan antara kedua-dua negara.
“Terlepas pandang perkara seperti ini biasa berlaku. Pokoknya, kita jangan biarkan mereka membesar-besarkan perkara ini, apatah lagi selepas reaksi serta-merta daripada Khairy dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.“Saya benar-benar tidak melihat apa-apa kesan jangka panjang,” katanya.

Mengenai sama ada isu tersebut akan menjejaskan kedudukan Khairy, beliau mengulangi ulasannya bahawa episod itu adalah “perkara kecil”.
Khairy menghentikan pengedaran buku khas cenderahati KL2017 di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan mengarahkan salinan baharu dicetak dengan pembetulan dilakukan.
Dalam buku cenderahati itu, bendera Indonesia dicetak terbalik di mana jalur putih berada di atas dan jalur merah di bahagian bawah menyerupai bendera Poland.

Presiden Indonesia, Joko Widodo juga meminta semua pihak tidak memperbesar-besarkan isu itu dan berkata kesalahan itu amat dikesali namun rakyatnya diminta tidak bersikap berlebihan berhubung isu itu.
from PenangKini http://ift.tt/2uWZYBu
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Khairy dipuji tindakan tangkas isu bendera Indonesia terbalik

Sekianlah artikel Khairy dipuji tindakan tangkas isu bendera Indonesia terbalik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khairy dipuji tindakan tangkas isu bendera Indonesia terbalik dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/khairy-dipuji-tindakan-tangkas-isu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Khairy dipuji tindakan tangkas isu bendera Indonesia terbalik"

Catat Ulasan