Kerajaan mungkin wujudkan RCI Memali - PM

Kerajaan mungkin wujudkan RCI Memali - PM - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan mungkin wujudkan RCI Memali - PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Kerajaan mungkin wujudkan RCI Memali - PM, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan mungkin wujudkan RCI Memali - PM
link : Kerajaan mungkin wujudkan RCI Memali - PM

Baca juga


Kerajaan mungkin wujudkan RCI Memali - PM

Oleh Ainor Rahim
Post Pic


KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menolak kemungkinan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat tragedi peristiwa Memali di Baling yang berlaku pada 19 Nov 1985.

 Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sehingga kini kerajaan masih lagi mengumpul maklum balas daripada mereka yang terlibat dan akan memaklumkan sekiranya ada perkembangan.

"Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Memali ini kita tidak menolak. Penubuhan RCI ini mestilah mendatangkan kebaikan. Untuk mengetahui fakta dan kebenaran.

"Pada masa sekarang kita masih menunggu reaksi masyarakat termasuk mereka yang terlibat dengan tragedi ini sebelum kerajaan membuat keputusan muktamad," kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di ibu pejabat parti di Menara Dato' Onn,  di sini petang tadi.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaan kerajaan menubuhkan suruhanjaya itu untuk menyiasat peristiwa itu sekiranya ada permintaan daripada mana-mana pihak termasuk keluarga mangsa.

Peristiwa Memali di Baling yang berlaku pada 19 Nov 1985 menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.

Peristiwa berdarah itu kembali hangat selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa kekecohan semasa forum "Nothing to Hide 2.0" tercetus kerana jawapan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan peristiwa Memali tidak memuaskan hati hadirin.

Susulan kekecohan itu, PAS tampil mendesak agar diadakan RCI bagi menyiasat fakta sebenar mengenai peristiwa itu.

Cadangan penubuhan RCI itu bagaimanapun mendapat kritikan daripada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor.

Kedua pemimpin tersebut mengaitkan ucapan Hadi pada 1981, yang dikenali sebagai 'Amanat Hadi' sebagai dorongan kepada tragedi Memali.



from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2iuU6JR
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Kerajaan mungkin wujudkan RCI Memali - PM

Sekianlah artikel Kerajaan mungkin wujudkan RCI Memali - PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan mungkin wujudkan RCI Memali - PM dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/kerajaan-mungkin-wujudkan-rci-memali-pm.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan mungkin wujudkan RCI Memali - PM"

Catat Ulasan