Kerajaan DAP Pulau Pinang Semakin ‘Miskin’?

Kerajaan DAP Pulau Pinang Semakin ‘Miskin’? - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan DAP Pulau Pinang Semakin ‘Miskin’?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Kerajaan DAP Pulau Pinang Semakin ‘Miskin’?, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan DAP Pulau Pinang Semakin ‘Miskin’?
link : Kerajaan DAP Pulau Pinang Semakin ‘Miskin’?

Baca juga


Kerajaan DAP Pulau Pinang Semakin ‘Miskin’?

PULAU PINANG: Kerajaan DAP Pulau Pinang dipersoal kerana seolah-olah sudah terdesak dan kehabisan wang sehingga gagal menyerahkan keseluruhan hasil kutipan caruman saliran oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri.
Sambil melahirkan rasa kecewa dengan pendedahan itu, Ketua Pemuda MCA negeri, Datuk Michael Lee Beng Seng (gambar) berkata, hasil kutipan caruman saliran itu sangat kritikal kerana melibatkan soal keselamatan penduduk dan harta-benda.
Ujar beliau, tindakan itu juga mengejutkan memandangkan masalah banjir kilat di negeri ini semakin buruk dengan daerah Seberang Perai dilaporkan mengalami bencana tersebut sebanyak 21 kali tahun lalu.
“Adakah Kerajaan DAP Pulau Pinang sanggup memaklumkan kepada penduduk negeri ini yang mana kegagalan mereka menyelesaikan masalah banjir kilat itu adalah disebabkan masalah teknikal?” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau mengulas Laporan Ketua Audit Negara minggu lalu yang menyatakan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak menyerahkan kesemua wang hasil kutipan caruman saliran kepada JPS negeri untuk diakaunkan.
Menurut laporan itu, sehingga Jun tahun lalu, jumlah kutipan caruman saliran terkumpul yang belum diserahkan kepada JPS negeri adalah sebanyak RM22.09 juta.
Difahamkan, pemaju di negeri ini perlu membayar kira-kira RM50,000 setiap 0.4 hektar (seekar) kepada MPSP yang sepatutnya disalurkan kepada JPS negeri untuk projek tebatan banjir dan pembentungan.
Michael menambah, tindakan MPSP yang tidak menyerahkan keseluruhan hasil caruman itu menimbulkan pertanyaan memandangkan kerajaan DAP Pulau Pinang boleh membayar sebanyak RM220 juta kepada konsultan bagi projek pembinaan tiga lebuh raya.
Malah, kata beliau, bayaran itu juga jauh lebih tinggi daripada keseluruhan RM100 juta yang dilaporkan digunakan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah banjir kilat sepanjang sembilan tahun pemerintahan iaitu dari 2008 hingga 2016.


- Utusan Online

from PenangKini http://ift.tt/2ujSuZ0
By Info Melayu


Demikianlah Artikel Kerajaan DAP Pulau Pinang Semakin ‘Miskin’?

Sekianlah artikel Kerajaan DAP Pulau Pinang Semakin ‘Miskin’? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan DAP Pulau Pinang Semakin ‘Miskin’? dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/kerajaan-dap-pulau-pinang-semakin-miskin.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan DAP Pulau Pinang Semakin ‘Miskin’?"

Catat Ulasan