Judul : Kenapa dan mengapa anak pokok untuk pemenang pingat? #KL2017 #RisingTogether #SukanSEA
link : Kenapa dan mengapa anak pokok untuk pemenang pingat? #KL2017 #RisingTogether #SukanSEA
Kenapa dan mengapa anak pokok untuk pemenang pingat? #KL2017 #RisingTogether #SukanSEA
KUALA LUMPUR 21 Ogos – Sudah menjadi kelaziman dalam sebarang temasya sukan sama ada tempatan mahu pun antarabangsa pemenang akan dikalungkan pingat dan patung maskot sebagai kenangan mereka.
Pada temasya kali ini, Malaysia selaku tuan rumah Sukan SEA Ke-29 melakukan satu perkara di luar kebiasaan apabila menghadiahkan bakul berisi anak pokok.
Itu kelainan yang dipersembahkan oleh tuan rumah Sukan SEA Ke-29 bagi menyemarakan kempen Green Games dalam penganjuran temasya kali ini.
Bagi pengguna laman sosial seperti Facebook, ramai yang cuba meneka apakah jenis anak pokok yang diberikan malah bergurau dengan menamakannya pelbagai spesies.
Program yang dinamakan ‘Satu Pingat, Satu Pokok (One Medal, One Tree)’ menyaksikan semua atlet meraih pingat emas, perak dan gangsa akan diberikan satu anak pokok.
Pihak penganjur menyediakan sejumlah 5,249 anak pokok dengan setiap pingat emas dimenangi atlet Malaysia sahaja akan ditanam selepas tamat KL2017 di Bandar Sukan Kuala Lumpur.
Pegawai Eksekutif Media Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia (Masoc), Fahmi Omar berkata, kelainan dilakukan ini bertujuan mengimbangi karbon dilepaskan sepanjang temasya itu berlangsung dan meningkatkan kesedaran umum mengenai kepentingan pemulihan hutan bagi pemuliharaan biodiversiti.
“Bagi menjayakan program ini, Landskap Malaysia telah dilantik menjadi Rakan Inisiatif Hijau.
“Mengikut perancangan Masoc, anak-anak pokok ini akan ditanam di bawah viaduct atau jejambat yang telah dibina untuk membolehkan hidupan liar merentasi kawasan hutan tersebut dengan selamat,” kata Fahmi ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.
Dalam pada itu, Fahmi turut menjelaskan bahawa sebanyak tiga jenis anak pokok disediakan untuk pemenang pingat dalam temasya tersebut.
Tiga jenis anak pokok tersebut ialah syzygium polyanthum (Salam), garcinia hombroniana (Bruas) dan syzygium malaccense (Jambu).
utusan online
from PenangKini http://ift.tt/2wxagbQ
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Kenapa dan mengapa anak pokok untuk pemenang pingat? #KL2017 #RisingTogether #SukanSEA
Sekianlah artikel Kenapa dan mengapa anak pokok untuk pemenang pingat? #KL2017 #RisingTogether #SukanSEA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kenapa dan mengapa anak pokok untuk pemenang pingat? #KL2017 #RisingTogether #SukanSEA dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/kenapa-dan-mengapa-anak-pokok-untuk.html
0 Response to "Kenapa dan mengapa anak pokok untuk pemenang pingat? #KL2017 #RisingTogether #SukanSEA"
Catat Ulasan