[KEMASKINI] PPBM nafi sabotaj program sendiri - Muhyiddin

[KEMASKINI] PPBM nafi sabotaj program sendiri - Muhyiddin - Hallo sahabat Info Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KEMASKINI] PPBM nafi sabotaj program sendiri - Muhyiddin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel [KEMASKINI] PPBM nafi sabotaj program sendiri - Muhyiddin, Artikel Artis, Artikel Entertainment, Artikel Filem, Artikel Kabar, Artikel Movie, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Politic, Artikel Sport, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KEMASKINI] PPBM nafi sabotaj program sendiri - Muhyiddin
link : [KEMASKINI] PPBM nafi sabotaj program sendiri - Muhyiddin

Baca juga


[KEMASKINI] PPBM nafi sabotaj program sendiri - Muhyiddin

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan kekecohan keganasan yang berlaku semasa forum 'Nothing to Hide 2.0' semalam adalah rancangan daripada parti itu.
 
Katanya, dakwaan sedemikian adalah satu perkara yang mengarut dan tidak rasional kerana mustahil bagi PPBM merosakkan program yang dianjurkan mereka sendiri.
 
"Tidak mungkin kita nak merancang buat kekecohan pada majlis kita sendiri, orang yang mencadangkan perkara seperti itu mungkin tidak rasional.
 
"Ini adalah majlis kita, kita nak jalankan ia dengan cara yang betul dan baik, yang boleh memberikan peluang dan kesempatan kepada Tun sendiri untuk menjelaskan 
dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas selesai mesyuarat jawatankuasa pilihanraya di ibu pejabatnya petang tadi.
 
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos hari ini yang mendakwa kekecohan keganasan pada program semalam didalangi pimpinan tertinggi PPBM.
 
Menurut Jamal, beliau bahkan mempunyai bukti insiden tersebut telah dirancang lebih awal lagi daripada kalangan ahli parti itu, namun enggan mendedahkan bukti yang diperkatakannya.
 
Mengulas lanjut, mantan timbalan perdana menteri itu turut melahirkan rasa kesal dengan insiden yang berlaku, dan menyifatkan individu yang terlibat sebagai biadap.
 
Justeru itu, beliau mahukan satu siasatan daripada pihak berkuasa dijalankan bagi mengenal pasti dalang disebalik insiden itu, dan mahu tindakan undang-undang diambil dengan sewajarnya.
 
"Saya meluahkan rasa kecewa tentang apa yang telah pun berlaku, satu perkara yang menunjukkan sifat tidak bertoleransi dan tidak menghormati suatu majlis seperti itu yang penting untuk memberikan penjelasan tentang hal ehwal negara.
 
"Kita minta supaya pihak berkuasa polis berdasarkan laporan yang telah dikemukakan oleh pihak Armada untuk mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya," ujarnya.
 
Semalam, Forum 'Nothing to Hide 2.0' anjuran Armada PPBM bertukar kecoh ketika Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjawab soalan berhubung tragedi Memali yang berlaku pada 1985.
 
Ekoran itu, terdapat dakwaan kononnya insiden itu telah dirancang lebih awal dan dilakukan oleh pihak yang mahu merosakkan program berkenaan dengan sengaja.
 
Dalam pada itu, pada sidang media yang sama, Muhyiddin mengumumkan beberapa pembaharuan yang dibuat Pakatan Harapan (PH) sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
 
Antaranya, penubuhan seketariat PH dan pegawai-pegawai sepenuh masa yang dilantik daripada kalangan semua parti, menubuhkan satu bilik operasi sepenuh masa bagi mengemaskini data dan maklumat berkaitan persediaan PRU, dan memutuskan untuk memberi tumpuan khusus kepada kawasan-kawasan pilihan raya tertentu.
 
Beliau bagaimanapun enggan mengumumkan kawasan yang dimaksudkan.
 
 

from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2vwS9RG
By Info Melayu


Demikianlah Artikel [KEMASKINI] PPBM nafi sabotaj program sendiri - Muhyiddin

Sekianlah artikel [KEMASKINI] PPBM nafi sabotaj program sendiri - Muhyiddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KEMASKINI] PPBM nafi sabotaj program sendiri - Muhyiddin dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/kemaskini-ppbm-nafi-sabotaj-program.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[KEMASKINI] PPBM nafi sabotaj program sendiri - Muhyiddin"

Catat Ulasan