Judul : Kajian Sarjana Buktikan PAP Ada DNA Komunis
link : Kajian Sarjana Buktikan PAP Ada DNA Komunis
Kajian Sarjana Buktikan PAP Ada DNA Komunis
Kajian Prof Dato’ Dr Nik Anuar Nik Mahmud membuktikan parti Singapura, People Action Party (PAP) mempunyai DNA komunis.
Kerana bimbang pengaruh komunis yang semakin menular dalam PAP, Lee Kuan Yew mula berpaut kepada Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dengan mencadangkan idea percantuman.
Dr Nik Anuar mencatatkan rakaman sejarah itu dalam buku beliau bertajuk “Duri dalam daging : Singapura dalam Malaysia”, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 2001.
PAP, KOMUNIS DAN PERJUANGAN UNTUK PERCANTUMAN
Mengikut perancangan Britisah, pada tahun 1963, Perlembagaan Negeri Singapura itu akan dikaji dan harus diubah. Perubahan ini merupakan suatu penyerahan kuasa yang lebih besar kepada negeri Singapura oleh kerajaan British dan dibuat dengan cara yang sama ada diberi kebebasan pemerintahan sendiri tetapi masih di bawah naungan British ataupun diberi kemerdekaan penuh kepada negeri itu.
Perkembangan politik di Singapura bagaimanapun menunjukkan bahawa kerajaan kerajaan British terpaksa tunduk kepada tuntutan kemerdekaan penuh bagi pihak Singapura. Namun begitu melihat kepada situasi politik dalam negeri dan antarabangsa, kerajaan British tidak bersedia untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura melainkan melalui percantuman dengan Persekutuan Tanah Melayu. Hanya melalui percantuman sahaja kepentingan strategik dan ekonomi British di Singapura akan terjamin.
Dari sudut itu, PAP sahaja yang menjadi harapan British kerana PAP sejak awal lagi memperjuangkan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Dasar itu telah digaris dangan jelas dalam kertas dasar PAP bertajuk `Ke Arah Satu Negara Malayu’ yang diterbitkan pada 20 April 1959. (1)
Dalam kenyataan itu PAP menyatakan bahawa percantuman Singapura dengan Tanah Melayu adalah `satu perkara penting dan merupakan sebahagian daripada perjuangan membina sebuah Negara Malaya’.
Bagi PAP, percantuman Singapura dengan Persekutuan adalah penting. Sebagai sebuah pulau kecil tanpa sebarang hasil bumi melainkan mempunyai pelabuhan semulajadi, PAP sedar bahawa kemakmuran dan keselamatan Singapura berpaut rapat dengan Persekutuan Tanah Melayu yang berperanan menghidupkan ekonomi Singapura.
Kemakmurannya adalah kerana Tanah Melayu menjadikan Singapura sebagai pelabuhan entreportnya. Singapura tidak mempunyai getah dan bijih timah atau tanah yang luas. Malah air yang diminumnya pun datang dari Tanah Melayu juga. Seperti dinyatakan oleh Lee Kuan Yew:
Kita tidak boleh hidup terpencil. Sekiranya percantuman diperlambatkan, kita semua, tidak kira pekerja, kerani, tukang atau saudagar akan menderita. Perniagaan akan merosot. Keuntungan akan surut. Gaji mungkin dikurangkan. Pengangguran akan bertambah.(2)Hasrat British dan PAP itu bagaimanapun disambut dingin oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, khususnya Tuanku Abdul Rahman. Terdapat dua sebab utama cadangan percantuman itu tidak dilayan.
Pertama dari segi politik, UMNO tidak mahu dianggap sebagai sebuah parti yang mengkhianati perjuangan bangsa Melayu. Sikap tolak ansurnya dengan MCA dan MIC dalam soal kerakyatan pada tahun 1957 telah menyebabkan UMNO kehilangan sokongan orang Melayu dalam pilihan raya umum 1959.
Malahan UMNO telah tewas di Kelantan dan Terengganu, dua buah negeri yang majoriti penduduknya Melayu. Percantuman dengan Singapura sudah pasti akan menenggelamkan bangsa Melayu di Semenanjung yang hanya berjumlah 49% daripada keseluruhan penduduk.
Justeru itu Tuanku amat sensitif apabila Lee Kuan Yew membuat kenyataan terbuka mengenai percantuman Singapura dengan Tanah Melayu. Perkara ini pernah dimaklumkan oleh Tuanku kepada Geoffrey Tory, Pesuruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur.
…he found it very embarrassing politically whenever Mr. Lee Kuan Yew made a public statement implying that merger was a foreseeable possibility since it gave conform and encouragement to the Tunku’s political opponents, the socialists, who were mainly Chinese and who were ongoing for the day when they could join forces with the PAP across the causeway. It also, I thought embarrassed theTuanku a little in relation to the Malay nationalists, including of course those who deserted the Alliance in favour of the PMIP during the last elections, since say hint that the Alliance Government was playing with the idea of some form of approachment with Singapore might well increase their fears that the Tunku was, by his Alliance policies, allowing the Chinese to swamp the Malays. (3)Oleh sebab itulah setiap kali Lee Kuan Yew menyebut mengenai percantuman sebagai satu kemungkinan atau pun sebagai matlamat perjuangan PAP, Tuanku dengan segera akan menafikannya. (4 )
Selain itu pimpinan Tanah Melayu juga masih meragui kesetiaan kaum bukan Melayu terhadap Tanah Melayu. Malahan Tuanku pernah mengatakan bahawa `the people of Singapore would never be the friends of Malaya or become true Malayans in a thousand years.’(5).
Berkaitan perkara ini, Razak menambah:
Dasar kami yang terutama sekali ialah menimbangkan kepentingan negeri ini dan warga negaranya yang taat setia kepada negeri ini.Keduanya, kerajaan Tanah Melayu menganggap Singapura sebagai pusat gerakan komunis. Sungguhpun gerakan komunis di Tanah Melayu telah dapat dilumpuhkan, tetapi komunis masih bergerak bebas di Singapura.
Selagi kami belum puas hati dengan sepenuhnya bahawa warga negara Singapura akan taat setia kepada Malaya dan bekerja untuk kepentingan negeri, maka soal pencamtuman itu hendaklah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman sendiri. (6)
Kekalahan kerajaan Lim Yew Hock yang anti komunis amat mengecewakan Tunku. Tunku tidak mempercayai kerajaan PAP yang dianggap bersekongkol dengan Komunis mampu membendung kebangkitan Komunis di Negara itu.
Tambah mengecewakan lagi apabila Lee Kuan Yew membebaskan anggota komunis yang ditahan oleh Lim Yew Hock walaupun dibantah oleh Kerajaan Persekutuan. Oleh sebab itu Tunku menganggap kerajaan PAP `as little better than Communists.’(7).
Adakah jelas kedua-dua kerajaan itu mempunyai pendekatan yang amat berbeza dalam menangani masalah komunis. Sebagaimana dijelaskan oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur:
The Tunku bases his policy on the support of the Malays who are firmly anti-Communist and is convinced that Communism should be ruthlessly repressed whenever it shows it heard. The Prime Minister of Singapore, where the electorate is almost purely Chinese, believes that he must aim at outbidding the attractions of Communism. Neither thinks that the other’s policy will produce the desired result, and the result is that the Federation Government tend to distrust not only the policy of the Singapore Government but that of the United Kingdom in relation to Singapore, since in the last resort the United Kingdom Government are responsible for Singapore.(8)Kedudukan PAP Tertekan
Walau bagaimanapun, perkembangan politik Singapura selepas pilihan raya 1959 telah mengubah pandangan Kerajaan Tanah Meayu terhadap Singapura. Pada tahun tahun 1960, PAP digugat dengan perpecahan dalaman.
Puak kanan dalam PAP yang dipimpin oleh Menteri Pembangunan, Ong Eng Guan, telah mengkritik kepimpinan Lee Kuan Yew yang didakwa telah menyelewengkan perjuangan asal PAP yang berlandaskan dasar `Revolusinari 1954’.
Akibatnya Ong Eng Guan telah dipecat sebagai ahli PAP pada bulan Julai 1960. Turut keluar daripada PAP ialah dua orang wakil rakyat PAP.
Pada bulan Disember 1960, Ong Eng Guan telah meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat bagi kawasan Hong Lim.
Pilihan raya telah diadakan pada 29 April 1961. Dengan sokongan puak pendidikan Cina dan pengundi setempat, bekas Datuk Bandar, Ong Eng Guan memenangi pilihan raya tersebut dengan undi yang terbanyak. Selepas kejayaan itu Ong Eng Guan menubuhkan parti baru, United Peoples Party (UPP).
Berbeza daripada PAP, UPP memperjuangkan pemerintahan penuh dan kemerdekaan segera bagi Singapura.
Kemenangan Ong Eng Guan memberi satu tamparan kepada Lee Kuan Yew. Kedudukannya sebagai Perdana Menteri ternyata mula tergugat. Hanya Tunku sahaja yang dapat menyelamatkan kedudukannya, iaitu dengan menerima cadangan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Percantuman Singapura dengan Tanah Melayu bukan sahaja akan membolehkan Singapura akan mencapai kemerdekaan tetapi juga menjamin keselamatan kepentingan British di pulau itu.
Sikap dingin Tunku ternyata mengecewakan Lee Kuan Yew, dan kekecewaan itu lebih dirasakan oleh British. Dalam aduannya kepada pihak British, Lee mengingatkan bahawa sekiranya Tunku masih bersikap dingin terhadap isu percantuman, orang Singapura akan memilih untuk kemerdekaan berasingan, seperti yang diperjuangkan oleh Ong Eng Guan.
Lee bimbang sekiranya Singapura diberi kemerdekaan penuh tanpa bercantum dengan Persekutuan Tanah Melayu, maka kerajaan Singapura yang akan muncul selepas PAP ialah kerajaan yang terlampau kiri dan menyokong blok Timur.
Sebenarnya kerajaan Persekutuan juga turut bimbang dengan perkembangan di Singapura, khususnya selepas British berundur dari pulau itu.
Razak sebagai Timbalan Menteri pernah membincangkan persoalan ini dengan bekas Setiausaha Pertahanan Tanah Melayu, R.G.K. Thompson. Razak percaya bahawa satu daripada cara untuk menyelamatkan Singapura ialah dengan mencantumkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu mengikut model Ulster.
Di bawah model ini Kerajaan Persekutuan akan bertanggungjawab dalam hal ehwal pertahanan, keselamatan dan hubungan luar. Kerajaan Singapura dikehendaki memberi sumbangan kewangan kepada kerajaan Pusat dalam jumlah yang akan ditetapkan.
Pilihan lain ialah kerajaan Singapura diberikan kuasa penuh tetapi dihadkan perwakilannya di Parlimen Persekutuan.
Justeru itu Lee Kuan Yew telah dinasihatkan oleh pihak British supaya berbincang dengan Razak mengenai masalah Singapura. Satu cara untuk mempengaruhi Tunku ialah dengan menghidupkan semula rancangan lama Tunku iaitu `Grand Design’ bagi menyatukan Persekutuan Tanah Melayu , Singapura dengan tanah jajahan British di Borneo dalam satu gagasan besar.
Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura, P.B.C. Moore percaya bahawa idea percantuman Singapura dengan Persekutuan akan diterima jika Lee Kuan Yew dapat meyakinkan Razak bahawa pengaruh Komunis dalam PAP akan dihapuskan.
Tokoh Komunis seperti Lim Chin Siong dan Fong Swee Suan, hendaklah disingkir daripada memegang sebarang jawatan penting dalam parti dan kerajaan ataupun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Kesatuan Sekerja yang dikuasai oleh penyokong komunis juga akan dikawal. Lee Kuan Yew menerima baik cadangan itu.
Bagaimanapun, Lee Kuan Yew mengakui kesukaran untuk mencari alasan untuk mengambil tindakan terhadap Lim Chin Siong. Walaupun begitu, beliau berjanji untuk terlebih dahulu menahan pemimpin-pemimpin Kesatuan Sekerja yang rapat dengan Lim Chin Siong.
Lee Kuan Yew kemudiannya telah mengadakan pertemuan dengan Razak dan juga Dr. Ismail. Hasil daripada perbincangan itu, masalah Singapura hanya dapat diselesaikan melalui pakej `Grand Design’ .
Pada pandangan Razak, penyatuan negeri-negeri berkenaan hanya dapat dilakukan secara berperingkat kerana Kerajaan Persekutuan tidak mampu untuk mangasimilasikan negeri-negeri itu secara serentak.
Sementara itu Razak dan Dr.Ismail telah mengadakan perbincangan dengan Tunku Abdul Rahman mengenai situasi di Singapura serta rancangan Lee Kuan Yew untuk menghalang Singapura daripada menjadi `an independent Chinese City State‘ di bawah pemerintahan parti yang pro-Komunis.
Jika berlaku kejadian itu, bererti Persekutuan Tanah Melayu akan menghadapi satu kedudukan yang amat sulit. Razak mencadangkan penyelesaian masalah Singapura itu dalam pakej `Grand Design‘ yang akan mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak.
Tanpa pakej itu, `Singapore could not be assimilated without the addition also of non-Chinese peoples from some or all of the Borneo territories.’ (10)
Pada 23 April 1961, Tunku telah mengadakan perbincangan dengan Lee Kuan Yew dan rombongan di Kuala Lumpur tentang situasi politik di Singapura dan Gagasan Malaysia.
Selepas berbincang lanjut, Tunku telah meminta Lee Kuan Yew menyiapkan kertas cadangan mengenai gagasan tersebut serta cara untuk merealisasikannya. Persutujuan Tunku itu merupakan hadiah yang cukup bermakna kepada Lee Kuan Yew.
Pada prinsipnya perjuangan percantuman telah menampakkan kejayaan.
Dengan bantuan Moore, Lee Kuan Yew telah menyiapkan kertas cadangan dalam masa yang singkat sahaja. Kertas itu mencadangkan dua alternatif. Alternatif pertama ialah setiap wilayah mencapai taraf kemerdekaan secara berasingan, dan selepas itu bercantum dalam Gagasan Malaysia. Alternatif kedua ialah dengan mencantumkan tiga wilayah itu dalam satu gagasan.
Jika alternatif pertama dipilih, Lee bimbang Singapura akan dikuasai oleh sebuah parti Cina yang pro-Komunis dalam pilihan raya yang akan datang.
In the opening phase, it may be that an independent Singapore Government may come to some defence treaty arrangements with the British, but being independent these treaty arrangements would be discarded and revoked and replaced by ties with the Chinese mainland. This would ultimately lead to a Chinese Communist base right in the heart of South East Asia which incalculable consequences to all territories of thw whole region.Knowing this, it is not unlikely that the British and even the Americans may go to great pains to prevent an independent Singapore from ever emerging. However,if the desire of the people in Singapore for political independence through merger with the Federation is constantly frustrated and no progree is apparent either in common economic limks, let alone political links, then frustration and desperation would drive them to the extremes of Communist policy and help the Communist pay the price in blood if necessary, to secure their political objective of an independent Singapore from which to undermine and subvert the Federation of Malaya. (11)Melihat kepada kelemahan alternatif pertama, Lee mencadangkan alternatif kedua. Pada fikirannya alternatif kedua bukan sahaja dapat memenuhi hasrat penduduk di wilayah Borneo tetapi juga dapat menyelesaikan masalah Singapura.
This is the most satisfactory solution for the peoples of the three territories and also one, which the British could accede to. It would also preserve the common economic, social and political ties that have existed between these territories as part of a common Empire in this region. But in working out the constitutional arrangements, care must be taken not to upset the sense of security and stability of the people of the Federation of Malaya, nor to arouse fears among the peoples of the Borneo territories that they are being swamped by more active and sophisticated people from the big cities of Singapore and the Federation.Lee Kuan Yew mencadangkan satu persetujuan awal perlu dicapai tentang asas-asas perlembagaan Gagasan Malaysia memandangkan pada awal pertengahan tahun 1963, Perlembagaan Singapura akan dikaji semula.
Langkah susulan selepas itu ialah pemberian kemerdekaan kepada Singapura. Yamg membimbangkan Lee Kuan Yew ialah sekiranya rundingan perlembagaan itu gagal mencapai sebarang persetujuan, PAP kemungkinan akan kecundang dalam pilihan raya umum dan akan diganti oleh parti atau kerajaan yang pro-PKM atau pro-China.
Pada peringkat awal kerajaan tersebut tidak akan berkonfrontasi dengan British sebelum mendapatkan bantuan langsung daripada China. Jikalau keadaan ini berlaku, rusuhan kaum pasti akan berlaku di Persekutuan Tanah Melayu. Kemudian ini juga akan membawa kepada kemerdekaan Singapura.
A Singapore independent by itself must pander to its 75% Chinese population and will end up with greater appeals to Chinese chauvinism and eventually all talk of Malayan culture, national language, national solidarity and nation-building will disappear with tremendous repercussions on the Chinese in the Federation of Malaya. The consequences are incalculable and would certainly put an end to any hope of building a united community composing of Malay, Chinese, Indian and other races in Malaya. The solution lies in the larger federation, with the strength and stability from the center. This course of events can only be avoided if Singapore is merged into the larger entity…Dalam kertas cadangan itu, Lee Kuan Yew juga mengemukakan susunan perlembagaan bagi menjamin kepentingan wilayah serta pelbagai kaum di wilayah Borneo, serta bidang kuasa kerajaan pusat. Kertas itu seterusnya mencadangkan supaya sebuah Jawatankuasa Kerja dibentuk bagi menyediakan kertas kerja untuk dipertimbangkan.
Kertas itu telah diserahkan kepada Tunku untuk dipertimbangkannya. Nampaknya Tunku berpuas hati dengan kertas cadangan itu. Dalam satu pertemuan dengan Pesuruhjaya Tinggi British, Geofrey Tory, beliau memaklumkan hasratnya untuk membuat kenyataan penting mengenai `Grand Design’.(12)
NOTA
1. Berita Harian, 27 April 1959.
2. Lee Kuan Yew, Perjuangan untuk Perchantuman, Singapura, 1961, hal. 4-9.
3. M.J. Moynihan – Setiausaha bagi Tanah Jajahan, 13 Oktober 1961, PREM 11/3422.
4. Ibid
5. Ibid
6. Berita Harian, 14 Oktober 1961.
7. M.J. Moynihan – Setiausaha bagi Tanah Jajahan, 13 Okt. 1961, PREM 11/3422
8. Ibid
9. Minit oleh P.B.C. Moore, 7 April. 1961, CO 1030/979.
10. Ibid
11. `Paper on the future of the Federation of Malaya, Singapore and the Borneo territories’ dlm. CO 1030/979.
12. Kuala Lumpur – CRO, 26 Mei 1961, Co 1030/979.
Detik Singapura Disingkir Daripada Malaysia
from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2wiuVzu
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Kajian Sarjana Buktikan PAP Ada DNA Komunis
Sekianlah artikel Kajian Sarjana Buktikan PAP Ada DNA Komunis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kajian Sarjana Buktikan PAP Ada DNA Komunis dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/kajian-sarjana-buktikan-pap-ada-dna.html
0 Response to "Kajian Sarjana Buktikan PAP Ada DNA Komunis"
Catat Ulasan