Judul : Kajian: Ramai anggap manusia senang ‘buat jahat’ kalau tak percaya Tuhan
link : Kajian: Ramai anggap manusia senang ‘buat jahat’ kalau tak percaya Tuhan
Kajian: Ramai anggap manusia senang ‘buat jahat’ kalau tak percaya Tuhan
Hasil kajian di 13 negara menunjukkan golongan ateis mengundang persepsi mereka kurang bermoral walaupun di negara sekular.
LEXINGTON (KENTUCKY, AS: Suatu kajian mendedahkan golongan ateis (yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan) lebih mudah disyaki melakukan kejahatan berbanding penganut Kristian, Islam, Hindu atau Buddha, malah ia juga merupakan pengakuan sesama ateis sendiri.
Kajian itu menunjukkan dalam dunia yang semakin sekular, sebilangan besar – termasuk beberapa ateis – masih berpandangan manusia lebih mudah melakukan kesalahan melainkan mereka yang takutkan hukuman Tuhan.
Hasil kajian itu menunjukkan di seluruh dunia, “kepercayaan agama dipandang secara intuitif sebagai perlindungan yang diperlukan untuk mengawal tingkah laku yang tidak bermoral,” tulis penyelidik dalam jurnal Nature Human Behavior.
Ia mendapati “ateis secara umum dilihat berpotensi melakukan kekejaman dan perkara berbahaya.”
Kajian ini mengukur sikap lebih 3,000 orang di 13 negara di 5 benua, terdiri daripada negara “sangat sekular” seperti China dan Belanda serta negara yang mempunyai sejumlah besar penganut yang percaya pada Tuhan seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Amerika Syarikat dan India.
Negara tersebut mempunyai populasi yang kebanyakannya beragama Buddha, Kristian, Hindu, Islam atau tidak beragama.
Peserta diberi gambaran situasi rekaan di mana haiwan diseksa seperi kanak-kanak, kemudian membesar menjadi guru yang membunuh dan menyeksa 5 orang gelandangan.
Separuh daripada kumpulan itu berkata pelaku itu mungkin individu yang percayakan agama dan separuh lagi menjawab individu itu mungkin ateis.
Pasukan penyelidik juga mendapati peserta 2 kali mengandaikan pembunuh bersiri itu ialah ateis.
“Ia mengejutkan walaupun ateis kelihatan memegang kecenderungan anti-ateis yang intuitif sama,” kata penyelidik Will Gervais, seorang profesor psikologi di University of Kentucky di Lexington kepada AFP.
“Saya mengesyaki ini berpunca daripada kelaziman norma pro-agama yang mendalam. Malah di rantau yang pada masa ini agak sekular, orang masih melihat secara intuitif bahawa agama sebagai pelindung moral.”
from AR RISALAH الــرســالـة http://ift.tt/2vdLPhA
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Kajian: Ramai anggap manusia senang ‘buat jahat’ kalau tak percaya Tuhan
Sekianlah artikel Kajian: Ramai anggap manusia senang ‘buat jahat’ kalau tak percaya Tuhan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kajian: Ramai anggap manusia senang ‘buat jahat’ kalau tak percaya Tuhan dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/kajian-ramai-anggap-manusia-senang-buat.html
0 Response to "Kajian: Ramai anggap manusia senang ‘buat jahat’ kalau tak percaya Tuhan"
Catat Ulasan