Judul : Kaedah Sembelihan Korban Menurut Islam
link : Kaedah Sembelihan Korban Menurut Islam
Kaedah Sembelihan Korban Menurut Islam
Islam amat menitikberatkan soal halal dan haram terutama dalam aspek pemakanan.
Oleh itu, pengetahuan tentang kaedah penyembelihan perlu diketahui serta dilakukan mengikut syariat.
Sembelihan juga berkait rapat dengan faktor kerohanian dan kesihatan umat Islam itu sendiri.
Selain itu, Islam juga agama rahmat yang menebarkan kasih sayang kepada seluruh manusia juga haiwan yang melata.
Oleh itu, kaedah penyembelihan binatang korban itu hendaklah dilakukan dengan penuh berhemah agar tidak menyakiti binatang tersebut.
Mari telusuri lagi, apa yang perlu diketahui tentang penyembelihan binatang korban ini;
#1 – Rukun Sembelihan
Ijma’ fuqaha’ menetapkan bahawa rukun sembelihan terbahagi kepada empat iaitu;
#1- Penyembelih
#2- Binatang sembelihan
#3- Alat untuk menyembelih
#4- Keadaan (tempat/perbuatan) sembelihan
#1- Penyembelih
#2- Binatang sembelihan
#3- Alat untuk menyembelih
#4- Keadaan (tempat/perbuatan) sembelihan
#2 – Syarat-syarat Sembelihan
*Penyembelih
#1- Hendaklah beragama Islam
#2- Baligh (tidak sah bagi kanak-kanak)
#3- Berakal (tidak sah jika gila)
#4- Tidak berada dalam ihram haji atau umrah
#5- Membaca basmalah
#2- Baligh (tidak sah bagi kanak-kanak)
#3- Berakal (tidak sah jika gila)
#4- Tidak berada dalam ihram haji atau umrah
#5- Membaca basmalah
*Binatang Yang Disembelih
#1- Binatang yang halal dimakan
#2- Binatang itu masih hidup
#3- Mati dengan sekali sembelihan
#4- Wajib putus urat pernafasan (urat marih) dan urat tempat laluan makanan (halkum)
#2- Binatang itu masih hidup
#3- Mati dengan sekali sembelihan
#4- Wajib putus urat pernafasan (urat marih) dan urat tempat laluan makanan (halkum)
*Alat Sembelihan
Mestilah alat yang tajam seperti pisau.
*Tempat Sembelihan
#1- Bagi sembelihan binatang yang berkuasa hendaklah dilakukan dengan cara menangkap dan disembelih ke atasnya. Wajib memutuskan urat halkum dan urat marih dengan sempurna.
#2- Bagi sembelihan binatang yang tidak berkuasa ke atasnya iaitu binatang yang tidak dapat disembelih pada lehernya, hendaklah dilukakan pada mana-mana bahagian tubuhnya sehingga ia mati.
Semoga perkongsian ini dapat memberi pengetahuan kepada kita dalam menjalankan ibadah sembelihan ini.
Bagi mereka yang terlibat sebagai penyumbang, adalah terlebih baik untuk turut sama menyaksikan perlaksanaan korban yang dijalankan.
Manakala bagi mereka yang terlibat secara bergotong-royong melancarkan ibadah sembelihan ini, diharapkan agar ianya dilakukan mengikut syariat yang telah ditetapkan. Moga bermanfaat. Wallahua’lam.
from PenangKini http://ift.tt/2wYJ7xG
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Kaedah Sembelihan Korban Menurut Islam
Sekianlah artikel Kaedah Sembelihan Korban Menurut Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kaedah Sembelihan Korban Menurut Islam dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/kaedah-sembelihan-korban-menurut-islam.html
0 Response to "Kaedah Sembelihan Korban Menurut Islam"
Catat Ulasan