Judul : Kadar levi berdasarkan bilangan pekerja asing – Zahid
link : Kadar levi berdasarkan bilangan pekerja asing – Zahid
Kadar levi berdasarkan bilangan pekerja asing – Zahid
Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan kadar levi progresif berdasarkan kepada bilangan pekerja asing yang digajikan bermula pada 2019.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu adalah bagi menggalakkan lebih banyak penggajian pekerja tempatan.
“Cadangan bagi meningkatkan levi secara progresif dan mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif serta kompetitif telah dipertimbang dan dipersetujui.
“Kadar levi progresif berdasarkan bilangan pekerja asing yang digajikan akan dilaksanakan bermula pada tahun 2019, selepas sesi libat urus bersama pihak industri dan pihak berkepentingan yang lain dibuat,” katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin di bangunan Parlimen hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid memberitahu, kerajaan juga telah bersetuju untuk menambah kekerapan pemeriksaan kesihatan pekerja asing berbanding prosedur dilaksanakan sebelum ini.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, bermula 1 Januari 2018, pekerja asing diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan sedia ada serta saringan tambahan bagi mengelakkan peningkatan kes penyakit berjangkit yang berlaku di negara ini.
Katanya, pemeriksaan kesihatan sedia ada dilaksanakan sebelum pekerja asing berlepas, dalam tempoh sebulan selepas berada di Malaysia, pada akhir tahun pertama dan akhir tahun kedua.
from PenangKini http://ift.tt/2wljo27
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Kadar levi berdasarkan bilangan pekerja asing – Zahid
Sekianlah artikel Kadar levi berdasarkan bilangan pekerja asing – Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kadar levi berdasarkan bilangan pekerja asing – Zahid dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/kadar-levi-berdasarkan-bilangan-pekerja.html
0 Response to "Kadar levi berdasarkan bilangan pekerja asing – Zahid"
Catat Ulasan