Judul : Jiwa Harimau serasi di Shah Alam
link : Jiwa Harimau serasi di Shah Alam
Jiwa Harimau serasi di Shah Alam
ZURAIMEE ZAINAL
28 OGOS 2017
Ultras Malaya menyambut baik pemilihan Stadium Shah Alam sebagai venue final bola sepak KL2017, Malaysia menentang Thailand, Selasa ini.
A- A A+ (Ubah saiz teks)
ULTRAS Malaya menyambut baik pemilihan Stadium Shah Alam sebagai venue final perebutan ibu segala pingat Sukan Sea Kuala Lumpur (KL2017) antara Malaysia menentang Thailand.
Capo Ultras Malaya, Lekir Ahmad berkata, pemilihan Stadium Shah Alam sesuai kerana pemain Harimau Muda serasi beraksi di gelanggang berkenaan.
“Bagus...kerana aura kemenangan sudah sudah sebati dalam jiwa pemain Harimau Muda sejak beraksi di Stadium Shah Alam sepanjang kempen Sukan Sea 2017.
“Kemudahan parkir di Stadium Shah Alam juga luas dan mudah diperolehi, penyokong pula biasa lokasi meeting point sesama mereka sebelum masuk ke stadium.
“Stadium Nasional pula penyokong akan menghadapi masalah parking dan terpinga ke mana arah tuju jika banyak jalan ditutup,” katanya, semalam.
Terdahulu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan stadium berkapasiti 80,000 penonton berkenaan dipilih venue aksi akhir bola sepak lelaki KL2017, Malaysia menentang Thailand jam 8.45 malam pada Selasa ini.
Sebelum ini, venue bagi acara itu dijadualkan di Stadium Nasional Bukit Jalil sekiranya melibatkan skuad negara beraksi di pentas akhir.
Harimau Muda mengesahkan tempat di final selepas menundukkan Indonesia 1-0 pada aksi separuh akhir manakala Thailand mara setelah mencatat kemenangan 1-0 ke atas Myanmar.
from KDL http://ift.tt/2w9NULW
By Info Melayu
Demikianlah Artikel Jiwa Harimau serasi di Shah Alam
Anda sekarang membaca artikel Jiwa Harimau serasi di Shah Alam dengan alamat link https://kiyekeh.blogspot.com/2017/08/jiwa-harimau-serasi-di-shah-alam.html
0 Response to "Jiwa Harimau serasi di Shah Alam"
Catat Ulasan